Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 25 Disember 2019

U 2 : SYURGA ATAU NERAKA TEMPATMU DI ALAM BAKA

Semua orang pasti tentunya ingin masuk syurga. Hal ini disebabkan syurga merupakan tempat kesenangan yang abadi di akhirat kelak. Oleh kerana itu semua orang pasti ingin berada pada tempat kesenangan tersebut.

"Siapa yang masuk syurga akan hidup senang dan tidak akan mengalami kesusahan. Pakaiannya tidak akan lusuh dan masa mudanya tidak akan sirna."
(H.R. Muslim no. 2836)

Dan orang pertama yang akan menginjakan kakinya ke syurga adalah Rasulullah Shalallahu'alaihi Wasallam. Hal ini disebabkan para malaikat hanya diperintahkan oleh Allah SWT untuk membuka pintu syurga untuk Rasulullah SAW saja dan tidak boleh untuk orang-orang sebelumnya.

"Pada hari kiamat nanti, aku akan mendatangi pintu syurga, kemudian aku minta untuk dibukakan (pintunya). Maka penjaganya bertanya : 'Siapa anda?' Aku menjawab, 'Muhammad.' Selanjutnya dia berkata, 'Hanya untukmu aku perintahkan agar membuka pintu ini dan dilarang bagi seorang pun sebelummu."
(H.R. Muslim no. 188)

Setelah Nabi Muhammad Shalallahu'alaihi Wasal'lam menginjakan kaki dan masuk ke syurga. Barulah seluruh umat Rasulullah SAW ikut masuk ke dalam syurga.

"Seluruh umatku akan masuk syurga, kecuali yang enggan." Maka dikatakan: "Wahai Rasulullah, siapa yang enggan?" Beliau menjawab: "Barangsiapa yang mentaatiku maka dia pasti masuk syurga, sedangkan barangsiapa yang mendurhakaiku maka sesungguhnya dia telah enggan(masuk syurga)."
(H.R. Al-Bukhari)

Semoga kita semua orang yang mentaati Allah SWT dan Rasulnya agar boleh masuk syurga.
Aamiin...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan