Jangan
sombong. Sebab sombong adalah sifat utama syaitan. Syaitan diusir dari syurga
kerana sifat sombong, merasa diri lebih baik dari Adam as.
Jangan riak.
Mengharap pujian orang lain dalam ibadah adalah pekerjaan syirik pada Allah
SWT. Tahukah kamu ibadah langsung tidak bernilai jika disertai riak.
Jangan
dengki. Tidak redha dengan apa yang Allah SWT berikan pada orang lain hanya
akan menimbulkan sifat-sifat tercela yang lain. Jika kau hendak dengki,
dengkilah pada kebaikan ibadah dan akhlak mereka. Itu akan lebih baik.
Jangan
kedekut. Kedekut hanya akan membuatmu miskin. Bukankah syurga haram bagi orang
yang bakhil. Apapun yang kau miliki jika Allah SWT tak berkenan menjadikannya
rezeki untukmu maka ia akan hilang sia-sia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan