قيل للشيخ ابن باز :
Syaikh Bin Baz pernah
ditanya:
ياشيخ ، فلان انتكس،
Wahai Syaikh; si fulan
berbalik (menyimpang)
قال الشيخ :
Syaikh berkata;
(لعل انتكاسته من أمرين :
Boleh jadi dia berbalik
menyimpang kerana dua hal:
إما أنه لم يسأل الله الثبات
، أو أنه لم يشكر الله على الإستقامة) .
Pertama, dia mungkin tidak
pernah meminta kepada Allah SWT agar diteguhkan (di atas alhaq), atau yang kedua,
ia tidak bersyukur setelah diberikan keteguhan dan keistiqomahan oleh Allah SWT.
فحين اختارك الله لطريق
هدايته،
Maka tatkala Allah SWT
telah memilihmu berjalan di atas jalan hidayahNya,
ليس لأنك مميز أو لطاعةٍ منك
،
Camkanlah bahawa itu bukan
kerana keistimewaanmu atau kerana ketaatanmu,
بل هي رحمة منه شملتك ،
melainkan itu adalah rahmat
dariNya yang meliputimu
قد ينزعها منك في أي لحظة ،
Allah SWT boleh saja
mencabut rahmat tersebut bila saja darimu
لذلك لا تغتر بعملك ولا
بعبادتك
Oleh kerana itu, jangan
engkau tertipu dengan amalanmu, jangan pula disilaukan oleh ibadahmu
ولا تنظر باستصغار لمن ضلّ
عن سبيله
Jangan engkau memandang
remeh orang yang tersesat dari jalanNya
فلولا رحمة الله بك لكنت
مكانه .
Kalau bukan kerana rahmat
Allah SWT padamu, nescaya engkau akan tersesat pula, posisimu akan sama dengan
orang yang tersesat itu.
أعيدوا قراءة هذه الآية
بتأنٍّ
Ulang-ulanglah membaca ayat
berikut ini dengan penuh penghayatan
﴿ ولوﻵ أن ثبتناك لقد كدت
تركن إليهم شيئا قليلا ﴾
“Andai Kami tidak
meneguhkanmu (wahai Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam), sungguh engkau
hampir-hampir saja akan sedikit condong kepada mereka (orang-orang yang
tersesat itu).”
إياك أن تظن أن الثبات على
الإستقامة أحد إنجازاتك الشخصية …
Jangan pernah engkau
menyangka, bahawa keteguhan di atas istiqomah, merupakan salah satu hasil jerih
payahmu peribadi.
تأمل قوله تعالى لسيد
البشر..
Perhatikan firman Allah SWT
kepada Pemimpin segenap manusia (Muhammad shallallahu ‘alayhi wasallam):
“ولولا أن ثبتناك”
“Kalau bukan Kami yang
meneguhkanmu (wahai Muhammad shallallahu ‘alayhi wasallam)…”
فكيف بك !!؟.
Maka apalagi engkau…!!?
نحنُ مخطئون عندما نتجاهل
أذكارنا،
Kita sering keliru,
manakala kita melupakan zikir-zikir kita
نعتقد أنها شيء غير مهم
وننسى
Kita menyangka bahawa
zikir-zikir itu tidak penting, sehingga kita pun melupakannya.
بأن الله يحفظنا بها، وربما
تقلب الأقدار..
Kita lupa bahawa Allah SWT
akan menjaga kita kerana zikir-zikir tersebut. Boleh jadi takdir Allah SWT akan
berbalik.
يقول ابن القيم:
Ibnu al-Qayyim berkata:
حاجة العبد للمعوذات أشدُ من
حاجته للطعام واللباس..!
Keperluan hamba akan doa
dan zikir (agar Allah SWT memberikan perlindungan), melebihi keperluannya akan
makanan dan pakaian.
داوموا على أذكاركم لتُدركوا
معنى:
Maka rutinkanlah membaca
doa dan zikir kalian, agar kalian meraih apa yang dijanjikan dalam sabda
Rasulullah shallallahu ‘alayhi wasallam
احفظ الله يحفظك..
“Jagalah Allah, nescaya
Allah akan menjaga kalian.”
تحصنوا كل صباح ومساء ؛
Nescaya kalian akan
mendapatkan perlindungan pagi dan petang.
فالدنيا مخيفة .. وفي جوفها
مفاجأت .. والله هو الحافظ لعباده
Dunia ini benar-benar
menakutkan…. di lorongnya ada banyak hal yang menyentakkan… Allah, Dialah yang
Maha Menjaga hamba-hambaNya.
Bbg Alilmu
Nb :Jangan Lelah Memohon
Hidayah Tiap Waktu dan Memohon Kekukuhan di Agama yang Haq.
Jangan sampai hidayah ini
tercabut kerana kelalaian kita sendiri.
Zadanallah Ilman Wa Hirsha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan