1. Ujian Aqidah - umat
akhir zaman boleh mengambil iktibar dari tindakan pemuda-pemuda yang apabila
diasak oleh pemerintah, telah melarikan diri bersembunyi di dalam gua
semata-mata kerana berusaha menyelamatkan aqidah mereka. Jika terkepit, demi
mempertahankan aqidah, kalau perlu, pergi ke hutan dan gigit kayu sampai mati.
2. Ujian harta benda - umat
akhir zaman boleh mengambil pengajaran dari kisah pemilik dua kebun yang
kedekut dan terlampau sayangkan harta sampai tidak mahu bersedekah/
mengeluarkan zakat. Dajjal nanti diberi kemampuan oleh Allah untuk menghentikan
hujan atau menurunkan hujan dan menggoda manusia dengan ujian harta benda.
Mereka yang mengikutinya akan hidup senang lenang, mana kala mereka yang tidak
mahu mengikutinya akan hidup susah dan merana. Orang yang hatinya berpaut
kepada akhirat tidak akan mudah tertipu dengan ujian harta dunia. Pesan nabi
saw, apa yang nampak api sebenarnya air sebab segalanya akan kelihatan
berlawanan sewaktu kita teruji dengan tipu daya Dajjal.
3. Ujian ilmu pengetahuan -
umat akhir zaman boleh belajar dari kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir yang
telah dikurniakan ilmu laduni (ilmu yang didapati tanpa belajar). Akhir zaman
akan diuji dengan kepesatan ilmu pengetahuan/kemajuan teknologi. Mereka yang
mudah terpana dengan kemajuan teknologi boleh jadi akan mudah tersesat jika
tidak beringat dan menghubungkan segalanya dengan Allah SWT.
4. Ujian kekuasaan - umat
akhir zaman boleh mengambil tauladan dari kisah Zulqarnain. Dajjal nanti akan
menguasai sebahagian besar dunia. Zulqarnian menguasai sebahagian besar dunia
tetapi itu tidak menjadi alasan baginya untuk tidak mentaati Allah.
Umat Islam perlu
melengkapkan diri dengan beberapa ciri-ciri untuk menghadapi Dajjal sebagaimana
yang disarankan dalam ayat-ayat di dalam surah Al Kahfi:
1. Dekatkan diri dengan
orang-orang yang soleh (Al Kahfi ayat 28).
2. Lengkapkan diri dengan
menuntut ilmu yang benar (Al Kahfi ayat 45).
3. Sentiasa merendah diri
(Al Kahfi ayat 69).
4. Mengikhlaskan diri (Al
Kahfi ayat 110).
5. Menjalankan dakwah (Al
Kahfi ayat 27).
6. Banyak mengingati hari
akhirat (Al Kahfi ayat 47 - 49)
Akhir sekali, perbanyakkan
doa yang pernah dibacakan oleh pemuda-pemuda Al Kahfi:
"Rabbana aatinaa
milladunka rahmatan wa haiyi'lanaa min amrinaa rasyadaa"
("Ya Tuhan kami.
Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang
lurus bagi kami dalam urusan kami")
Tiada ulasan:
Catat Ulasan