Para Penghafal Al-Quran yang tekun membaca Al-Quran melalui hafalannya disertai tadabbur terhadap ayat yang dibaca apalagi dilakukan dalam solat, terlebih solat malam, mempunyai beberapa manfaat sebagai berikut:
1. Merupakan Olahraga Otak
Otak menjadi hangat, kerana sel-sel memori otak terus menyimpan ayat-ayat yang akan dibaca secara massif, gerak cepat. Jika hal ini dikerjakan terus-menerus, maka otak akan semakin kuat. Statement sebahagian ulama yang mengatakan bahawa penghafal Al Quran tidak akan nyanyuk, boleh jadi kerana demikian.
2. Senam Lidah
Seorang penghafal Al Quran yang terus menerus membaca Al Quran secara tartil, menjadikan lidahnya bergerak ke sana ke mari dengan lincah dan simultan. Hal ini akan membantu urat saraf, sehingga semakin kuat. Pada saat ini ada terapi goyang lidah iaitu dengan menjulurkan lidah ke depan beberapa kali, lalu ke kanan dan kekiri beberapa kali. Hal itu untuk menguatkan urat saraf.
3. Ketenangan Hati
Membaca Al Quran dengan tadabbur boleh menenangkan hati. Hal itu sesuai dengan Ayat Al Quran dan hadist-hadits Nabi.
4. Disenangi oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sangat senang dengan orang-orang yang selalu tekun membaca Al Quran. Jika ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sudah senang, maka ALLAH Yang Maha Pemurah, akan memberikan penghargaan yang sangat banyak, sangat agung, mulia dan berharga.
Sumber:
DR. KH. Ahsin Sakho Muhammad, MA, Al-Hafizh
Ketua Dewan Penasihat Yayasan Karantina Tahfizh Al-Quran Nasional
Tiada ulasan:
Catat Ulasan