Apakah dosa itu dan bagaimana
cara menghilangkannya. Umat Kristian
dengan doktrin penebusan dosanya meyakini bahawa dosa manusia sudah ditebus
oleh darah Yesus di tiang salib. Manusia terlalu kotor dan tidak mampu
menghilangkannya dengan kekuatan sendiri, hanya Yesuslah yang boleh menebus
segala kesalahan. Tetapi Islam tidak mengajarkan konsep penebusan dosa tersebut
tetapi Islam mengajarkan dosa boleh dihilangkan dengan taubat. Allah SWT menciptakan
manusia tidak hanya diberikan segala kemampuan jasmaniah melainkan telah
dilengkapi juga kekuatan rohaniah, termasuk ketika dia berdosa manusia
sebenarnya telah diberi kemampuan untuk bangkit, dengan bertaubat dan
menebusnya dengan kebaikan yang lebih banyak.
Hakikat
dosa bukanlah bahawa Allah SWT menciptakan dosa lalu kemudian sesudah ribuan
tahun baru terfikir olehNya untuk pengampunan dosa, tidak; tetapi sebagaimana
lalat memiliki dua sayap, di satu sayapnya terdapat penawar dan di sebelahnya
terdapat racun, demikian pula pada manusia ada dua 'sayap' satu sayap maksiat
dan yang satu lagi sayap penyesalan.
Taubat
merupakan bukti perasaan menyesal. Ini sudah merupakan kaedah umum bahawa jika
seseorang memukul orang lain maka sesudahnya ia akan menyesal dan merasa
bersalah, seolah-olah kedua sayapnya mengepak secara bersamaan, iaitu ketika
racun beraksi terdapat pula antidotnya. Kini pertanyaannya adalah mengapa dosa
itu dibuat, mengapa manusia tidak diciptakan saja menjadi suci semua tanpa cela
sebagaimana fikiran orang-orang Kristian. Jawapannya adalah kendatipun ia racun
namun kerana terdapat sifat mematahkan di dalamnya, maka ia memiliki fungsi
sebagai penawar. Racun juga apabila sudah melalui sebuah proses maka itu akan berfungsi
sebagai ubat. Dari racun-racun seperti itu banyak sekali diramu menjadi ubat-ubatan.
Dari suatu kesalahan seorang dapat belajar sehingga menjadi insan yang lebih
kuat, yang lebih berhati-hati.
Jika
tidak ada dosa maka akan muncul racun yang lain, iaitu racun keangkuhan yang dengan itu akan
menghancurkan manusia. Jadi taubat akan berfungsi menghilangkannya. Taubat akan
menghindarkan manusia dari bahaya takbur dan ujub.
Bertaubat Dengan Memperbanyak Istighfar
Sebagai
seorang mukmin mestilah kita memperbanyak istighfar dan taubat kepada Allah SWT.
Jika satu sayap sudah mengepak, ertinya kita telah diperingatkan untuk kembali
kepada Allah SWT meminta ampun, dan selanjutnya memperbaiki kesalahan dengan
tidak mengulanginya dan menggantinya dengan kebaikan-kebaikan yang baru. Jika
junjungan kita yang Mulia Nabi Muhammad SAW saja masih beristighfar setidaknya
70 kali sehari, maka apalagi kita yang seharusnya melakukan lebih banyak lagi.
Taubat itu tidak bererti hanya berlaku kepada orang yang pada saat itu
melakukan dosa, tetapi taubat juga belaku untuk setiap kondisi sebagai
penghadang dari potensi dosa yang boleh saja terjadi kemudian hari. Ia akan
menjadi pelindung, iaitu kita yang mengenali dosa itu sebagai dosa maka ia akan
lebih berhati-hati untuk menjauhi dosa tersebut.
Jika kita
dengan kesungguhan hati menangis memohon ampunan kepada Allah SWT, maka Allah
SWT dengan sifat Ghofurnya akan memaafkan kita. Seseorang yang terus
beristighfar maka hatinya akan melihat dosa itu sebagai suatu hal yang jijik
dan ia tidak ingin mendekatinya.
Secara
alami umat Islam telah tertanam rasa jijik akan daging babi, padahal ribuan
perbuatan lainnya yang kotor tetap saja dilakukan. Jadi hikmahnya adalah Allah
SWT telah meletakkan contoh rasa jijik dan rasa tidak suka kepada daging babi,
maka rasa itu jugalah yang harus ditumbuhkan kepada setiap perbuatan dosa. Dan
hal itu boleh dilakukan dengan taubat dan memperbanyak istighfar.
Jika
dalam diri manusia telah tertanam rasa benci pada dosa dan kemudian mengayunkan
langkahnya kepada perbaikan diri, maka lama kelamaan segenap keburukannya akan
menjauh.
Yakinlah
bahawa di dalam taubat terdapat buah-buah yang berlimpah. Ini merupakan sumber
mata air keberkatan. Pada hakikatnya para wali dan orang-orang soleh adalah mereka
yang bertaubat dan kemudian mereka terus istiqomah dalam taubatnya.
Oleh kerana
itu kita harus tingkatkan taubat kita kita jadikanlah amal kita mendatangkan redha
sang Pemilik kita. Ingatlah bahawa hukuman dari kekeliruan akidah kita akan
diputuskan di akhirat nanti, keputusan menjadi orang Hindu atau Kristian atau
menjadi orang Islam. Tetapi orang yang aniaya yang bergelimang dosa dan
pelanggaran, di dunia ini juga ia akan mendapatkan hukuman.
Sabda
Nabi SAW berikut kiranya dapat menjadikan kita hamba-hamba yang bertaubat dan
memperbaiki diri.
"Allah
lebih senang kepada orang yang bertaubat daripada orang yang haus menemukan
air, orang yang mandul lalu punya anak, dan orang yang tersesat lalu menemukan
jalan. Dan barangsiapa bertaubat kepada Allah dengan taubat yang baik, maka
Allah membuat lupa dua malaikat yang mengawasi amal tersebut (Rakid dan Atid),
seluruh anggota badannya, dan tempat dalam tanah (kubur) terhadap
kesalahan-kesalahan orang yang taubat dan dosa-dosanya."
(HR Ibnu
Abbas)
Semoga
Allah SWT menerima taubat kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan