Sederhana untuk
dilakukan/amalkan sehari-hari, semoga boleh membantu membuka pintu rezeki.
1. Letakkanlah sedikit
makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang.
2. Sisihkanlah sedikit dari
hasil gaji atau upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim dan
orang miskin.
3. Sentiasa sediakan wang
kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
4. Letakkanlah di kamarmu
sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya.
Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
5. Jika kamu hadir dalam
suatu acara (keluarga, kerabat atau sahabat), belilah 1 atau 2 kotak air
mineral, niatkan untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukannya (orang tua,
orang sakit, anak-anak dan lain-lain).
6. Jika kamu membeli barang
dari pedagang-pedagang kecil kemudian kemudian sang pedagang ingin
mengembalikan wang kembalian atau wang baki, biarkan wang recehan itu untuknya
(disedekahkan atau dihadiahkan).
7. Belilah Mushaf
(Al-Qur'an), letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan
kamu dapat dari setiap huruf dari mereka yang membacanya.
8. Berikanlah perasaan
gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa
kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
9. Lemparkanlah senyuman
kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan
berbicaralah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
10. Jangan biarkan kamu
tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat
kepadamu dari menghinamu, menyebarkan fitnah dan menzalimimu.
11. Setting pada handphone
kamu, tanda peringatan pada waktu-waktu tertentu untuk kamu membaca surah
Al-Fatihah atau Al-Ikhlas yang dihadiahkan kepada kedua orangtua kamu, baik
yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
12. Silakan kirimkan tips²
ini ke semua teman atau sanak keluarga kamu. Barangkali ada yang mahu
mengamalkannya.
Semoga kita pun akan diberi pahala kerananya.
Selamat bersedekah. Semoga
kita dilimpahkan rezeki yang banyak dan berkah dari ALLAH SWT.. Aamiin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan