Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 27 Disember 2019

U 33 : SUAMI TIDAK SOLAT, AUTOMATIK ISTERINYA TERCERAIKAN?

Suami yang Tak Pernah Solat Sama Saja dengan Mencerai Isterinya.
Pernyataan ini muncul ketika ada dalil yang menjelaskan mengenai hal tersebut.
Persoalan ini harus diketahui oleh umat Islam agar tidak salah melangkah ketika sudah menikah. Banyak orang yang belum tahu jika suami yang tidak solat atau jarang solat maka secara otomatis isteri tertalak, hal ini bukan hanya berkaitan dengan pernikahan tapi juga ketentuan dalam beribadah solat.
Banyak umat Islam yang masih melaksanakan solat hanya 1 kali dalam sehari dan itu pun jika ingat bahkan tidak sedikit yang sudah benar benar meninggalkan solat dan hanya melakukannya saat solat Idul Fitri dan Idul Adha saja.
Para Ulama Sepakat Bahawa Meninggalkan Solat Termasuk Dosa Besar yang Lebih Besar dari Dosa Besar Lainnya.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah –rahimahullah- mengatakan, “Kaum muslimin bersepakat bahawa meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”
(Ash Sholah, hal. 7)

Dinukil oleh Adz Dzahabi dalam Al Kaba’ir, Ibnu Hazm –rahimahullah- berkata, “Tidak ada dosa setelah keburukan yang paling besar daripada dosa meninggalkan solat hingga keluar waktunya dan membunuh seorang mukmin tanpa alasan yang boleh dibenarkan.”
(Al Kaba’ir, hal. 25)

Adz Dzahabi –rahimahullah- juga mengatakan, “Orang yang mengakhirkan solat hingga keluar waktunya termasuk pelaku dosa besar. Dan yang meninggalkan solat secara keseluruhan -iaitu satu solat saja- dianggap seperti orang yang berzina dan mencuri. Kerana meninggalkan solat atau luput darinya termasuk dosa besar. Oleh kerana itu, orang yang meninggalkannya sampai berkali-kali termasuk pelaku dosa besar sampai dia bertaubat. Sesungguhnya orang yang meninggalkan solat termasuk orang yang merugi, celaka dan termasuk orang mujrim (yang berbuat dosa).”
(Al Kaba’ir, hal. 26-27)

Apakah Orang yang Meninggalkan Solat Boleh Kafir atau Bukan Muslim?

Dalam point sebelumnya telah dijelaskan, para ulama bersepakat bahawa meninggalkan solat termasuk dosa besar bahkan lebih besar dari dosa berzina dan mencuri.
Mereka tidak berselisih pendapat dalam masalah ini. Namun, yang menjadi masalah selanjutnya, apakah orang yang meninggalkan solat masih muslim ataukah telah kafir?
Asy Syaukani -rahimahullah- mengatakan bahawa tidak ada beza pendapat di antara kaum muslimin tentang kafirnya orang yang meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipannya.
Namun apabila meninggalkan solat kerana malas dan tetap meyakini solat lima waktu itu wajib -sebagaimana kondisi sebahagian besar kaum muslimin saat ini-, maka dalam hal ini ada perbezaan pendapat (Lihat Nailul Author, 1/369).
Mengenai meninggalkan solat kerana malas-malasan dan tetap meyakini solat itu wajib, ada tiga pendapat di antara para ulama mengenai hal ini.

Pendapat pertama mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat harus dibunuh kerana dianggap telah murtad (keluar dari Islam). Pendapat ini adalah pendapat Imam Ahmad, Sa’id bin Jubair, ‘Amir Asy Sya’bi, Ibrohim An Nakho’i, Abu ‘Amr, Al Auza’i, Ayyub As Sakhtiyani, ‘Abdullah bin Al Mubarrok, Ishaq bin Rohuwyah, ‘Abdul Malik bin Habib (ulama Malikiyyah), pendapat sebahagian ulama Syafi’iyah, pendapat Imam Syafi’i (sebagaimana dikatakan oleh Ath Thohawiy), pendapat Umar bin Al Khothob (sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hazm), Mu’adz bin Jabal, ‘Abdurrahman bin ‘Auf, Abu Hurairah, dan sahabat lainnya.
Pendapat kedua mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat dibunuh dengan hukuman had, namun tidak dihukumi kafir. Inilah pendapat Malik, Syafi’i, dan salah salah satu pendapat Imam Ahmad.
Pendapat ketiga mengatakan bahawa orang yang meninggalkan solat kerana malas-malasan adalah fasiq (telah berbuat dosa besar) dan dia harus dipenjara sampai dia mahu menunaikan solat. Inilah pendapat Hanafiyyah. (Al Mawsu’ah Al Fiqhiyah Al Kuwaitiyah, 22/186-187)
Jadi, intinya ada perbezaan pendapat dalam masalah ini di antara para ulama termasuk pula ulama madzhab.
Lalu bagaimana dengan suami yang tidak solat setelah mengetahui hukumnya jika seseorang muslim yang meninggalkan solat?

Apa benar berpengaruh dengan rumah tangga, meski rumah tangga baik-baik saja tapi status hubungan bercerai?

Banyak orang yang belum tahu jika suami yang tidak solat maka secara otomatik isteri akan tertalak. Hal ini tidak hanya berkaitan dengan pernikahan tetapi juga ketentuan dalam beribadah solat.

Oleh kerana itu, kita perlu mengkaji ulang mengenai hal ini agar tidak salah melangkah dalam pernikahan. Akan lebih baik jika kita membahas mengenai ketentuan solat terlebih dahulu.
Apabila seseorang meninggalkan solat di mana merupakan ibadah wajib maka ia menjadi seorang murtad. semoga bermanfaat... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan