(HR at-Tirmidzi dan
al-Ghazali di Ihya’ Ulumiddin)
Setiap malam Jumaat,
selesai solat Isyak, tubuh yang dibalut dengan jubah kasar itu duduk berzikir.
Kepalanya menunduk sangat rendah sampai menyentuh lutut. Begitu khusyuk dan
khidmat, tidak sedikit pun bergerak untuk mendongak. Menjelang fajar terbit,
kepalanya baru diangkat, menghela nafas yang panjang dan tersendat-sendat.
Ketika itu aroma ruangan itu berubah. Tercium bau hati yang terpanggang. Itulah
ibadah khusus Abu Bakar Radhiallahu’anhu yang diceritakan oleh isteri beliau
setelah mendapat permintaan dari Umar bin al-Khathab. Umar menitikkan air mata,
terharu mendengar cerita dari isteri pendahulunya itu.
“Bagaimana mungkin putera al-Khathab boleh memiliki hati yang terpanggang,” katanya.
Hati yang terbakar oleh rasa takut melihat kebesaran Allah, terbakar oleh rasa cinta kerana memandang keindahan Allah, juga terbakar oleh harapan yang memuncak akan belas kasih Allah.
Abu Bakar ash-Siddiq dinobatkan sebagai orang terbaik dari kalangan umat Rasulullah SAW. Rasulullah SAW juga menobatkannya khalil atau kekasih terdekat bagi baginda. Faktor utamanya bukan kerana banyaknya amal yang beliau lakukan, tapi kerana ikhlas hatinya. Hatinya sepenuhnya untuk Allah dan RasulNya. Pada saat Rasulullah SAW mengumumkan agar kaum Muslimin menyumbangkan harta mereka untuk dana perang melawan Romawi di Tabuk, Abu Bakar membawa seluruh hartanya kepada Rasulullah SAW. “Apa yang engkau sisakan untuk keluargamu?” tanya Rasulullah SAW kepada Abu Bakar.
“Allah dan RasulNya?” jawab Abu Bakar tanpa keraguan sedikit pun. Inilah keikhlasan hati Abu Bakar.
“Orang yang mencintai Allah
dan RasulNya dengan sepenuh hati tidak menyisakan apapun melainkan apa yang ia
cintai,” Demikian kata-kata Imam al-Ghazali tentang kisah beliau ini.
Keikhlasan hati itu membawa Abu Bakar menjadi orang yang paling makrifat kepada
Allah di antara umat Rasulullah SAW yang lain.
Abu Bakar Radhiallahu’anhu mengorbankan segalanya untuk Allah dan Rasulullah SAW. Hingga, hidupnya begitu miskin setelah mengucapkan ikrar Islam di hadapan Rasulullah SAW. Padahal, sebelumnya Abu Bakar adalah saudagar yang disegani di Quraisy. Abdullah bin Umar bercerita: Suatu ketika Rasulullah SAW duduk. Di samping baginda ada Abu Bakar memakai jubah kasar, di bahagian dadanya ditutupi dengan tampalan. Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW dan menyampaikan salam Allah kepada Abu Bakar.
“Hai Rasulullah, kenapa aku lihat Abu Bakar memakai jubah kasar dengan tampalan penutup di bahagian dadanya?” tanya Malaikat Jibril.
“Ia telah menginfakkan hartanya untukku sebelum Penaklukan Mekah.” Sabda baginda.
“Sampaikan kepadanya salam dari Allah dan sampaikan kepadanya: Tuhanmu bertanya: Apakah engkau rela dengan kefakiranmu ini ataukah tidak rela?”
Rasulullah SAW menoleh kepada Abu Bakar. “Hai Abu Bakar, ini Jibril menyampaikan salam dari Allah kepadamu, dan Allah bertanya: Apakah engkau rela dengan kefakiranmu ini ataukah tidak rela?”
Abu Bakar menangis: “Apakah
aku akan murka kepada (takdir) Tuhanku!? (Tidak!) Aku redha dengan (takdir)
Tuhanku, Aku redha akan (takdir) Tuhanku.”
Semua miliknya habis untuk Allah dan Rasulullah SAW. Inilah ketulusan cinta. Cinta yang mengorbankan segalanya untuk Sang Kekasih, tidak menyisakan apa-apa lagi selain Dia di hatinya.
Semua miliknya habis untuk Allah dan Rasulullah SAW. Inilah ketulusan cinta. Cinta yang mengorbankan segalanya untuk Sang Kekasih, tidak menyisakan apa-apa lagi selain Dia di hatinya.
“Orang yang merasakan
kemurnian cinta kepada Allah, maka cinta itu akan membuatnya berpaling dari
pencarian terhadap dunia dan membuatnya merasa tidak asyik bersama dengan segenap
manusia.”
Demikian untaian kalimat
tentang tasawuf cinta yang pernah terucap dari mulut mulia Saidina Abu Bakar
ash-Siddiq. Oleh kerana itu, Saidina Abu Bakar memilih zuhud sebagai jalan
hidup utama beliau. Dunia bukanlah tempat yang hendak dinikmati, tapi godaan
yang harus dihindari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan