Bahawa malaikat pencabut nyawa sentiasa dekat dengan kita di mana sahaja kita berada. Pada waktu tidur. Bekerja. Lagi santai. Lagi kumpul bersama keluarga. Lagi berkenderaan dan sebagainya, tetapi adakah kita merasa was-was?
Merasa takut?
Merasa gelisah?
Kita masih boleh tersenyum dan ketawa.
Kita masih boleh merasa diri kita dalam keadaan aman.
Kita masih boleh tidur dengan nyenyak.
Kita masih boleh makan dengan lahap.
Dan kita mqsih merasa hidup selamanya.
Yaa ALLAH. Ampunkanlah kami. Atas angkuhnya sifat kami. Sombongnya perilaku kami. Rasa tidak tahu malu kami kepadaMU Yaa ALLAH. Ampunkanlah kami atas hinanya perbuatan kami kepadaMU Yaa ALLAH. Yaa ALLAH.
Ketika tiba giliran kami berjumpa dengan malaikat pencabut nyawa. Cabutlah
nyawa kami dalam keadaan khusnul khootimah dan kami memohon kepadaMU Yaa ALLAH.
Jauhkanlah kami dalam kematian suul khootimah. Aamiiin Yaa ALLAH Yaa ROBBAL
aa'lamiiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan