Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Jumaat, 27 Disember 2019

U 28 : BUKAN MAHRAM YANG TAK BOLEH SALAM

Siapakah yang bergelar Bukan Mahram yang tak boleh salam:

Jika kita seorang Lelaki:-

1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

Jika kita seorang Perempuan:-

1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak

Ada yang tak tahu. Dan kadangkala kita terlupa. Nampak macam boleh tetapi sebenarnya tak boleh.
Haa. Dah tahu kan?
Demi agama, Sebarkan pengetahuan ini kepada yang lain.
Saat yang indah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan