Umur 35-40
tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari
ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh
sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang
bermula 35-40 tahun, Allah SWT akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya.
Panggilan dari Allah SWT selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu
kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
Orang yang
bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli
keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan
niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
Orang yang
kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah
SWT malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan-rakan dan
kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak-anak
Usia 35 - 40
ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat
15" ada menyebut tentang itu. Allah SWT berfirman yang bermaksud,
"Dan
kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai
ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur
empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku,
ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang engkau kurniakan
kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih
yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam
jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya
aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)."
Ada
segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun,
masih memikirkan kereta sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta-hartanya,
anak-anak dan cucu-cucunya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa
diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan
sebagainya.
Ada yang
masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut
dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta di luar, sedangkan rumahtangga
yang halal dibiar berantakan.
Ada yang rasa
macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, sedaramara ramai yang sudah
meninggal dunia, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan
cerita, "Ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh
meninggal..."
Amatlah
menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai
perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
Nafsu memang
tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah
tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika
Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka,
lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.
Sehinggalah
tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
Kita hidup di
dunia, tidak lama. Rasulullah Sallallaahu Alaihu Wasallam, telah bersabda:
“Umur-umur
umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang boleh melampaui umur
tersebut.”
[HR. Ibnu
Majah: 4236].
Kalau
sekarang kita rasa 35-40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam
barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat
lama,
SATU HARINYA
= RIBUAN TAHUN…
Ingat, ketika
itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..
Oleh kerana
itu, lihatlah diri anda, sudahkah kita mempersiapkannya?!
Allah SWT
berfirman (yang ertinya):
“Wahai
orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan lihatlah diri
masing-masing apakah yang sudah ia persiapkan untuk kehidupan esoknya.”
[Al-Hasyr:18]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan