Jantung, organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah bag berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun
manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?
Rahsia kerja jantung ini sekali lagi
menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam
penciptaanNya.
“(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu,”
[QS. Al-An'am: 102]
Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung
manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan
menurunkan denyutan 10 – 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan
penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung
berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.
Subhanallah,
Inilah Rahsia Jantung Manusia
Jantung berdenyut dengan kadar yang
berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot
memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih
cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali
melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.
Jantung adalah kantung berdenyut dan
diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung
(miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap
saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki
dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu
menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia
mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas
tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.
Berat jantung kurang lebih 312 gram
mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan berdenyut selama setahun sekitar
40 juta kali denyutan. Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu
mengangkat beban yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki
dengan kerja kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh
jantung orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar
20 liter / minit.
Sementara perjalanan darah melalui
jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian
kembali ke jantung lagi (peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung
mengeluarkan 8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar
memanjang + 150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang
terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem
pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan mengalami
kerosakan.
Jantung berfungsi sebagai raja yang
mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa
kehidupan dan panas badan. Jantung adalah sumber munculnya pemikiran,
pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan
menahan diri, rasa cinta, keinginan, kerelaan, kemurkaan
dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah
tentera bagi jantung.
Setiap apa yang dilihat oleh mata
langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang dalam antara mata dan
jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung, maka boleh tampak di mata. Mata
merupakan cermin dari jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan merupakan penterjemah dari apa yang
didengar oleh hati. Kerana itu banyak didapati dalam al Quran tiga hal tersebut
digabung jadi satu.
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta Pertanggungjawabkannya.”
[Qs. Al-Israa (17): 36]
Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.
Setiap benda memerlukan penggerak agar
boleh terus bergerak. Pelbagai kenderaan atau bahkan sebuah kereta mainan
remote control bergerak dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di
sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita
siang malam selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.
Jika kita memegang urat nadi dan
menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan jantung kita. Jantung mengepam
+ 152 juta liter (40 juta gelen) darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu
setara dengan minyak sebanyak 10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat
tentunya. Sekarang jika diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke
ember lain, 70 kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita
akan sakit dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini
sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.
Darah yang mengedari tubuh kebanyakan
tersusun dari air (jika, sel, protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang
tinggal adalah plasma yang 95%-nya adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat
visikositas air menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta
lebih tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah
melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah
melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.
Bayangkanlah bagaimana Allah menciptakan
pam dengan bentuk yang paling sempurna di dunia ini sekarang tengah berdetak di
bahagian kiri dada kita, Subhanallah …
Dengan rancangannya yang istimewa dan
gerak tak kenal henti, jantung membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan
1000 pusingan penuh dalam sehari. Subhanallah!
Rujukan : Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan