Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang
seorang penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid. Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat. Setelah
menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan penjahat yang ingin bertaubat
itu mendengar Rasulullah S.A.W berkata,
“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu
yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah halal.”
Setelah Rasulullah S.A.W dan para
sahabat bersurai, pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu
untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di hatinya.
Malampun menjelang. Suasana yang sering menggoda dirinya untuk melakukan
keburukan. Tiba-tiba dia berhasrat
untuk merompak salah sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda. Ternyata di
rumah janda itu terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera.
Ketika dia sedang memulakan suapannya
tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W siang tadi. Akhirnya dia tak
jadi makan. Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menjumpai perhiasan
dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak mengambilnya, sekali lagi dia
teringat kata-kata Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya.
Setelah itu dia masuk pula ke sebuah
bilik yang besar. Didapatinya janda mu’minah itu sedang terbaring tidur dengan
lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang cantik dan rupawan itu, dia tergoda
dan bermaksud untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia teringat kembali
kata-kata Rasulullah S.A.W tadi.
“Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu
yang haram ia akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah halal.”
Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan
niat jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan hati yang lega
kerana mampu mengalahkan nafsunya. Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi
menunaikan solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan bertaubat di
hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat, beliau duduk menyendiri di satu sudut
masjid, merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi dan
menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan.
Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan kepada Rasulullah
S.A.W kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang yang hilang namun
beliau khuatir kalau-kalau pencuri itu datang menyelidik semalam dan akan
datang lagi malam nanti. Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah S.A.W agar
sudilah mencarikan seorang yang sanggup menjaga rumahnya.
“Kenapa kau hidup sendirian?” tanya
Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa suaminya telah meninggal dunia. Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada
seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut masjid. Rasulullah S.A.W
bertanya pada lelaki tersebut (penjahat tadi),
adakah beliau sudah beristeri?
Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui
bahawa lelaki itu telah kematian isterinya,
maka baginda menawarkannya seorang calon isteri. Lelaki itu
terdiam begitu juga janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi
Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua insan itu menjadi suami isteri
yang sah. Dan, pecahlah tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada
Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa pencuri itu tidak lain
adalah dirinya sendiri.
Wanita itu keluar dari masjid dari
masjid diiringi lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka berjalan
beriringan menuju rumah yang malam tadi
hampir dicerobohinya. Di sana makanan-makanan yang enak masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya. Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun.
hampir dicerobohinya. Di sana makanan-makanan yang enak masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya. Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun.
Sementara wanita cantik yang hampir
dinodainya semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya. Berkat
kemampuannya menahan nafsu syaitannya.
Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, Benarlah sabda Rasulullah S.A.W
Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, Benarlah sabda Rasulullah S.A.W
“barangsiapa meninggalkan yang haram
maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal”
Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang tidak
diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa tenteram, cinta yang menumbuhkan
kedamaian, cinta yang menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih
dalam lagi.
Marilah kita menjenguk dan menyemak hati
kita. Masihkah ada cinta di sana? Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan
kemasan Cinta Rabbani dan memberi
label halal di atasnya? Dan sudahkah kita menyingkirkan cinta syahwat yang akan menjerumuskan kita dalam petaka yang berpanjangan.
label halal di atasnya? Dan sudahkah kita menyingkirkan cinta syahwat yang akan menjerumuskan kita dalam petaka yang berpanjangan.
Sumber : My Fadzly
Rujukan : Harian Islam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan