Imam Ibnu Qayyim membahagiakan
kebahagian kepada tiga jenis kebahagian;
Pertama; Kebahagian disebabkan faktor
luaran iaitu bahagia disebabkan harta dan kekayaan. yang berada di luar diri
manusia. Dikenali sebagai lazzah
khayaliayah. Jika merasa bahagia dengan memenuhi tuntutan hawa
nafsu dikenali lazah
bahimiyyah.
Kedua, kebahagiaan yang berkaitan
dengan nikmat badaniah. Bahagia dengan kesihatan, kecantikan, kesempurnaan diri
dan lain-lain. Penyair Arab
ada menyebutkan:
” يا خادمَ الْجِسْمِ كَمْ تَشْقَى بِخِدْمَتِهِ فأنتَ بِالرُّوْحِ
لا بالجسمِ إنسانٌ “
Wahai diri yang menghambakan diri kapada
tubuh, Ingatlah engkau adalah manusia dengan roh bukan dengan jasad
Ketiga : kebahagiaan yang bersumber dari
nilai-nilai ketaatan kepada Allah swt. Kebahagian berasaskan keimanan dan
ketaqwaan. Itulah kebahagiaan yang sebenarnya. Kebahagian dunia akhirat.
Kebahagiaan yang kekal abadi.
Untuk menggapai kebahagiaan yang hakiki,
kita harus memiliki sebab-sebab yang melahirkan kebahagiaan ini. antara
sebab-sebab yang boleh membawa kepada kebahagian hakiki ialah;
1. Keimanan dan Tauhid
فَمَنْ
يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَنْ يُرِدْ
أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي
السَّمَاءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
Maksudnya; “Barangsiapa yang Allah ingin memberikan petunjuk kepadanya,
nescaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki
Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit,
seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa
kepada orang-orang yang tidak beriman”.
Al-An’am:125
Keimanan dan ketauhidan menjadi asas
utama kebahagian hakiki kerana segala penerimaan amalan di sisi
Allah swt sama ada amalan zahir mahupun batin bergantung kepada keimanan
seseorang kepada Allah swt. Kebahagian hakiki di akhirat hanyalah untuk
orang-orang yang beriman.
2. Tazkiatun Nafs (mensucikan diri)
Jiwa yang suci akan mendatangkan banyak
manfaat dan kebaikan dalam kehidupan seseorang di dunia maupun di akhirat.
Kerana asas kebaikan diri seseorang, keluarga, masyarakat dan bahkan bangsa bertunjangkan jiwa yang baik. Manusia yang memiliki jiwa yang suci ,
sihat akan berkelakuan dengan nilai-nilai kebaikan.
Firman Allah swt;
فَأَلْهَمَهَا
فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا قَدْ أَفْلَحَ مَنْ زَكَّاهَا وَقَدْ خَابَ مَنْ دَسَّاهَا
“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan
ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, Dan
Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”
Asy-Syamsy: 8-10
Ibnu Rajab berkata: “Hati yang baik adalah yang terbebas
dari segala penyakit hati dan berbagai perkara yang dibenci, hati yang penuh
kecintaan dan rasa takut kepada Allah, dan rasa takut berjauhan dari Allah swt.”
3. Solat
Solat adalah cahaya, ketenangan dan
ketenteraman dalam jiwa. Solat juga
penghubung antara Allah dan hamba-Nya yang beriman dan bertakwa. Dengan solat mereka
menemui ketenangan dan kebahagiaan. Bahkan ketika menghadapi musibah pun
diperintahkan kita untuk solat.
Allah berfirman:
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ
وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
“Dan memohonlah pertolongan (kepada
Allah) dengan kesabaran dan solat…”
Al-Baqarah : 45
Rasulullah saw bersabda:
قُمْ
يَا بِلَالُ فَأَرِحْنَا بِالصَّلَاةِ
Maksudnya; Wahai Bilal, qamatlah! Agar
dengan solat tersebut kami tenang.”
(Imam Abu Dawud)
4. Redha dan Qana’ah
Redha dan qana’ah merupakan akhlak mulia
yang harus dimiliki oleh setiap muslim. Kerana dengan sifat redha dan qana’ah
akan lahir ketulusan, keikhlasan dan ketundukan seorang hamba dalam menerima
hasil akhir dari amal usaha. Dengan redha, manusia akan menerima segala
keputusan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Baik yang berkaitan dengan
dirinya, keluarga maupun harapan-harapan lain yang sangat dicita-citakan dalam
kehidupannya. Sifat redha dan qana’ah akan menghalang rasa putus asa dan
kesedihan.
Firman
Allah swt
مَا
أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ
مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ لِكَيْلَا
تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا
يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Maksudnya: “Tiada suatu bencanapun yang
menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis
dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya
kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu
jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah
tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
Al-Hadiid: 22-23
5. Zikir dan Mengingati Allah.
Dengan senantiasa zikir dan ingat Allah
swt dalam apa jua keadaan, manusia akan merasa tenteram, tidak ada rasa takut,
tidak ada rasa bimbang dan tiada kesedihan dalam jiwanya.
Allah swt berfirman:
الَّذِينَ
آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ
تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Maksudnya; “Orang-orang yang beriman dan
hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya dengan
mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
Ar-Ra’du: 28
Mudah-mudahan Allah swt menganugerahkan
kepada kebahagian dan ketenangan yang hakiki. Kebahagian di dunia dan akhirat.
6. Menenangkan Hati
Dalam Al Quran banyak ayat-ayat yang
membicarakan kedudukan hati yang lapang, di antaranya:
قَالَ
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي
Maksudnya: Ia berkata Wahai Tuanku,
lapangkan dadaku.
(Thaha: 25)
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Maksudnya; Bukankah kami melapangkan dada
engkau
(Al Insyirah: 1)
فَمَنْ
يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَنْ يُرِدْ
أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي
السَّمَاءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ
Maksudnya; Maka sesiapa yang Allah ingin
berikan pertunjuk, Allah akan lapangkan dadanya untuk Islam dan sesiapa yang
Allah ingin menyesatkannya, Allah akan menyempitkan dadanya seperti naik ke
langit. Begitulah Allah menjadikan kekejian ke atas orang yang tidak beriman
(Al An’am: 125)
Kelapangan dada dan mencarinya termasuk
tanda-tanda kebahagiaan dan sifat orang-orang yang berbahagi
7. Berbuat Baik kepada Manusia
Orang yang suka berbuat baik kepada
manusia dialah orang yang paling berbahagia, serta yang paling diterima
hidupnya di atas bumi.
خير
الناس أنفعهم للناس
Maksudnya; Sebaik-baik manusia ialah orang
berguna kepada orang lain.
8. Tidak tamak dunia dan selalu
mengingati mati.
قال
رسول الله صلى الله عليه وسلم : ارض بما قسم الله لك تكن أغنى الناس ” رواه أحمد
Maksudnya; Redhalah dengan pembahagian
Allah terhadap mu, nescaya engkan menjadi manusia yang paling kaya.
9. Memberi kemaafan
Memberi kemaafan boleh menjadikan
seseorang menjadi tenang dan bahagia kerana ia akan disukai oleh semua orang.
Dan orang yang memberi kemaafan disayangi Allah.
وَلْيَعْفُوا
وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ
رَحِيمٌ
Maksudnya; Hendaklah mereka memaafkan serta
melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah
mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi
Maha Mengasihani.
(al-Nur : 22)
وَالْعَافِينَ
عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya; Dan orang-orang yang memaafkan kesalahan
orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara
yang baik.
(Aali Imraan : 134)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan