In sya Allah kita boleh merasa bahagia
dan tenang dengan mengelakkan diri dari perasaan marah dalam apa jua keadaan.
Apabila seseorang marah kepada orang lain dengan kata-kata dan perbuatan ia
pasti memberi kesan negatif kepada orang yang dimarah disamping orang yang
marah itu sendiri akan merasa tertekan walaupun marahnya telah dilepaskan
kepada orang lain.
Itulah hikmah mengapa Rasulullah saw
melarang dari marah. Terkadang ada di antara kita marah dengan alasan agama
sedangkan kita disuruh untuk mengutamakan kebaikan akhlak bukan kekasaran.
Firman Allah swt;
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ
لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ
Maksudnya; Maka disebabkan rahmat dari
Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu
bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu berilah kemaafan. mohonlah keampunan untuk mereka dan
berbincanglah”.
[Ali ‘Imran:159]
ليس الشديدُ بالصُّرعَة قالوا : فمن
الشديدُ يا رسول الله ؟ قال : الذي يملكُ نَفْسَه عند الغضب
Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa
Sallam bersabda:
“Orang kuat itu bukanlah orang yang yang
kuat bertarung, Meraka bertaya, siapa yang kuat wahai Rasulullah, Baginda
menjawab; orang kuat ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah.”
Sulaiman bin Shurad ra., ia berkata:
اسْتَبَّ رَجُلَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ أَحَدُهُمَا تَحْمَرُّ عَيْنَاهُ
وَتَنْتَفِخُ أَوْدَاجُهُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْرِفُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ عَنْهُ الَّذِي
يَجِدُ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Suatu ketika dua orang pemuda saling
mencaci di hadapan Rasulullah saw. sehingga merah matanya dan urat lehernya
membesar Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya
aku tahu suatu kalimat yang apabila diucapkan, maka akan hilanglah kemarahan yang
didapati iaitu “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk”.
Sesiapa banyak bercakap maka banyak pula
salahnya dan barangsiapa banyak salah maka banyak pula dosanya, dan barangsiapa
banyak dosanya maka api neraka lebih utama baginya
Jika seseorang marah, hendaklah diam.
Kebanyakan penyebab retaknya rumahtangga / keluarga adalah ketika suami/isteri
marah, mereka tidak diam. Justeru melontarkan perkataan yang menyakitkan hati
pasangannya. Padahal dengan diampun pasangan kita tahu kita sedang marah tanpa
membuat dia sakit hati kerana perkataan kita:
Jika kita marah, maka pahala kita akan
diberikan kepada orang yang kita marahi. Jika pahala kita habis, maka dosa
orang yang kita marahi dipindahkan Allah swt ke kita. Inilah orang yang muflis
di akhirat. Dia merasa akan masuk syurga kerana rajin beribadah, tapi dia juga
rajin menzalimi dan memarahi orang lain hingga akhirnya masuk neraka:
Apabila ada orang yang mencaci-maki kita
berkaitan apa yang ada pada diri kita, janganlah kita marah dan membalas cacian
dan makian kerana pahalanya untuk kita dan kecelakaan untuk dia.
Tahukah kamu siapa orang yang muflis?
Para sahabat menjawab, “Allah dan rasulNya lebih mengetahui.” Nabi Saw lalu
berkata, “Sesungguhnya
orang yang muflis dari umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan
membawa amalan puasa, solat dan zakat, tetapi dia pernah mencaci-maki orang ini
dan menuduh orang itu berbuat zina. Dia pernah memakan harta orang itu. Di
akhirat orang-orang yang disakitinya menuntut dan mengambil pahalanya sebagai
tebusan. Bila pahalanya habis sebelum selesai ganti rugi atas dosa-dosanya maka
dosa orang-orang yang menuntut itu diletakkan di atas bahunya lalu dia
dihempaskan ke api neraka.”
Firman Allah swt;
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا
خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا
مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ
الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ
الظَّالِمُونَ
Maksudnya; “Hai orang-orang yang
beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain,
boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. dan jangan pula
sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan
itu lebih baik. dan janganlah suka mencela dirimu sendiri[1409] dan jangan
memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. seburuk-buruk panggilan adalah
(panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, Maka
mereka Itulah orang-orang yang zalim”
[Al Hujuraat:11]
Tips supaya tidak marah:
· Baca ta’awudz kerana
syaitan membisikkan kepada manusia untuk berbuat dosa termasuk marah.
Berlindunglah terhadap Allah swt.
· Bersabar dan tahan kemarahan.
· Diam
· Jika berdiri, duduk.
· Jika masih marah, berwuduk
· Jika terpaksa bicara, beritahu cara
yang benar dan hikmah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan