Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 24 Julai 2012

C 31 PENGUBAT JIWA DAN PENYUBUR SEMANGAT

Shaqiq Al-Bakhlie telah berkata kepada Hatim Al-Asam… Aku telah berkawan dengan kamu dalam tempoh masa yang lama, Apakah yang kamu akan ajar daku, Hatim Al-Asam menjawab aku ajar engkau  Lapan Permasalahan..

Aku memandang kepada kejadian Allah.. setiap orang memilki kekasih atau perkara yang dicintai..tetapi apabila sampai di kubur maka dia akan berpisah dengan apa yang dikasihi.. Maka aku jadikan sesuatu yang paling aku cintai adalah kebajikan atau kebaikkan supaya tetap bersamaku di dalam kubur.

Apabila aku mendengar firman Allah SWT: Tahan atau laranglah dirimu dari hawa nafsu. Maka aku berjihad untuk mencegah diriku dari hawa nafsu sehingga aku tenteram dan kekal di atas jalan ketaatan kepada Allah SWT.

Aku melihat semua orang menjaga barang berharga di sisi mereka, maka aku melihat kepada firman Allah SWT “Apa yang kamu miliki akan musnah dan apa yang ada disisi Allah SWT akan kekal”.  Maka setiap apa yang bernilai di sisiku maka aku persembahkan kepada Allah swt kerana ianya akan kekal dan tidak musnah apabila Allah swt memeliharanya.

Aku melihat manusia bermatlamatkan harta, keturunan dan kemuliaan. maka aku berpegang kepada firman Allah swt : Sesuatu yang paling mulia disisi Allah swt adalah Takwa kepada Allah swt. Aku telah ketahui bahawa hanya dengan Takwa menjadikan aku manusia mulia dan ada nilai di sisi Allah SWT.

Aku melihat manusia berhasad dengki, maka aku renung firman Allah SWT : Kami telah membahagi-bahagikan di antara mereka keperluan hidup mereka di duniaMaka aku hilangkan semua perasaan hasad dengki, kerana hasad dan dengki bertentangan dengan arahan Allah SWT.

Aku melihat manusia bermusuhan maka aku renung firman Allah SWT: Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh, maka jadikan ia sebagai musuh kamu. Maka aku tinggalkan permusuhan dan aku jadikan syaitan sebagai musuhku.

Aku melihat manusia menjadi hina-dina diri mereka kerana mengejar rezeki. maka aku renung kepada firman Allah SWT: Tidak ada binatang yang melata di bumi melainkan Allah telah tetapkan rezeki ke atasnya. Maka aku mencari rezeki yang telah diperuntukkan untukku dan aku tidak mengambil rezeki yang tidak milikku kerana aku yakin dengan apa yang telah Allah swt sediakan untuk ku.


Aku melihat semua manusia akan  bertawakkal kepada Allah swt dalam bidang  perniagaan, perusahaan dan kesihatan mereka sahaja. Maka aku bertawakal kepada Allah swt dalam semua pekerjaanku, bukan sahaja dalam bidang perniagaan, perusahaan dan kesihatan sahaja. Kerana Firman Allah swt ; “Semua perkara yang kamu azamkan, hendaklah kamu  berserah kepada Allah SWT”.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan