Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 24 Julai 2012

C 30 WANITA SOLEHAH HARTA PALING BERNILAI DI DUNIA DAN AKHIRAT

Rasulullah Saw. Bersabda :

”Seluruh dunia ini adalah perhiasan dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang solehah.” 
(HR. an-Nasa’I dan Ahmad)

Di dalam Islam, peranan seorang isteri memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan rumahtangga dan peranannya yang sangat diperlukan ialah keperluan untuk memilih kualiti yang baik sehingga boleh menjadi seorang isteri yang baik. Pemahamannya, perkataaannya dan kecenderungannya, semua dihalakan untuk mencapai keredhaan Allah Swt., Tuhan semesta Alam. Ketika seseorang isteri membahagiakan suaminya yang pada akhirnya, hal tersebut adalah untuk mendapatkan keredhaan dari Allah Swt. sehingga dia (seorang isteri) berkeinginan untuk melakukannya.

Kualiti seseorang isteri hendaklah memenuhi sebagaimana yang disukai oleh penciptaNya yang tersurat dalam surat Al-Ahzab. Seorang Wanita Muslimah adalah seorang wanita yang benar (dalam aqidah), sederhana, sabar, setia, menjaga kehormatannya semasa ketiadaan suami di rumah, mempertahankan nilai-nilai (rumah tangga) dalam waktu susah dan senang serta mengajak untuk sentiasa berada dalam pujian Allah Swt.

Ketika seseorang Wanita Muslimah berkahwin (menjadi seorang isteri) maka dia wajib mengetahui bahawa dia memiliki peranan yang khusus dan pertanggungjawab dalam Islam kepada penciptaNya, Allah Swt. menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki sebagaimana yang disebutkan dalam ayat Al-Quran:

”Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian yang lain. (kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi  wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaanNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu.” 
(QS. An Nisaa’ , 4:32)

Kita dapat melihat dari ayat ini bahawa Allah Swt. membuat perbezaan yang jelas di antara peranan lelaki dan wanita dan tidak dibolehkan bagi lelaki atau wanita untuk mempersoalkan ketentuan peranan yang telah Allah berikan sebagaimana firman Allah swt:

“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.” 
(QS. Al Ahzab, 33:36)

Kerananya, seseorang isteri akan membenarkan Rasulullah saw dan akan membantu suaminya untuk menyesuaikan dengan prinsip-prinsip syariah (hukum Islam) dan memastikan suaminya untuk kembali melaksanakan kewajipan-kewajipannya, begitu juga dengan kedudukan suami, dia juga mesti memenuhi kewajiban terhadap isterinya.
Di antara hak-hak lainnya, seorang isteri memiliki hak untuk Nafqah (diberi nafkah) yang berupa makanan, pakaian dan tempat untuk berlindung yang didapatkan dari suaminya. Dia (suami) berkewajiban membelanjakan hartanya untuk ke arah tersebut walaupun isteri memiliki harta sendiri untuk memenuhi keperluan tersebut. Rasulullah Saw. Bersabda :

”Isterimu memiliki hak atas kamu bahawa kamu mencukupi mereka dengan makanan, pakaian dan tempat berlindung dengan cara yang baik.” 
(HR. Muslim)

Ini adalah penting untuk dinyatakan bahawa ketika seorang isteri menunaikan berkewajipan terhadap suaminya, dia (isteri) telah melakukan kepatuhan terhadap penciptaNya, kerananya dia (isteri yang telah menunaikan kewajipannya) mendapatkan pahala dari TuhanNya. Rasulullah Saw. mencintai isteri-isterinya kerana kesolehan mereka.
Aisyah Ra. suatu kali telah meriwayatkan tentang nilai kebaikan  Zainab Ra., isteri ketujuh dari Rasulullah Saw.,

”Zainab adalah seorang yang kedudukannya hampir sama kedudukannya denganku dalam pandangan Rasulullah, dan aku belum pernah melihat seorang wanita yang lebih terdepan kesolehannya daripada Zainab Ra., lebih dalam kebaikannya, lebih dalam kebenarannya, lebih dalam pertalian darahnya, lebih dalam kedermawannya dan pengorbanannya dalam hidup serta mempunyai hati yang lebih lembut, itulah yang menyebabkan ia lebih dekat kepada Allah”.

Seperti kebesaran Wanita-wanita Muslimah yang telah dicontohkan kepada kita, patut sekiranya bagi kita untuk mencontohinya dengan cara mempelajari kesuciannya, kekuatan dari peribadinya, kebaikan imannya dan kebijaksanaan mereka. Usaha untuk mencontohi Ummul Mukminin yang telah dijanjikan syurga (oleh Allah SWT ) dapat menunjuki kita kepada kurniaan syurga.

Abu Nu’aim meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw. bersabda :

“Ketika seseorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mematuhi suaminya, maka dia akan masuk syurga dengan beberapa pintu yang dia inginkan.” 
(HR. Al Bukhari, Al Muwatta’ dan Musnad Imam Ahmad)


Wahai Muslimah yang ikhlas, perhatikan bagaimana Nabi Saw. menjadikan sikap taat kepada suami sebagai dari sebahagian amal perbuatan yang dapat mewajibkan mereka masuk syurga, seperti solat, puasa; kerana itu bersungguh-sungguhlah dalam mematuhinya dan jauhilah sikap derhaka kepadanya, kerana di dalam kederhakaan kepada suami mengundang kemurkaan  Allah Swt.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan