Bukanlah para ulama, dan bukan
pula para kyai. Bukan para presiden apalagi para artis. Bukan kamu, mereka
apalagi saya. Akan tetapi Beliau, kekasih Allah Taala, hambaNya, UtusanNya,
nabi Muhammad sholallahu alaihi wasallam. MakhlukNya yang paling sempurna, saya
ulangi , paling Sempurna!
Berbicara soal kesempurnaan, al imam
Ibnul Qayyim berkata:
“kesempurnaan manusia terdiri dari dua pokok landasan, iaitu mengetahui kebenaran dari kebatilan (kekuatan ilmu) dan mengutamakan kebenaran dari yang batil (kekuatan amal). Kedudukan manusia di sisi Allah swt baik di dunia maupun di akhirat sesuai kedudukan mereka dalam dua landasan ini. Allah swt memuji para nabi dan rasul kerana memiliki dua landasan ini”.
Sehingga dapat disimpulkan, dalam
berkemauan seseorang harus memiliki 2 kekuatan:
· Kekuatan ilmu
· Kekuatan amal
Dari penjelasan tersebut, maka manusia
terbagi kepada 4 kelompok, iaitu:
1. Kelompok
pertama, yang telah kita
sebutkan dan mereka adalah semulia-mulia
kelompok di sisi makhluk, sebagaimana mereka adalah yang termulia di sisi Allah
swt.
2. Kelompok kedua, kebalikan dari kelompok pertama, orang yang tidak punya ketajaman
dalam agama dan tidak pula mempunyai kekuatan dalam melaksanakan kebenaran. Mereka mayoritas manusia, memandang
mereka akan menyakitkan mata, membuat demam badan, dan menyakitkan hati.
Bilangan mereka membuat sempit negeri, dan membikin mahal harga serta
persahabatan dengan mereka hanya mendatangkan kerugian dan kebinasaan.
3. Kelompok ketiga, mereka yang mempunyai ketajaman dalam
kebenaran dan pengetahuan. Akan tetapi ia lemah dan tidak mempunyai kekuatan
dalam melaksanakan kebenaran dan mengajak orang kepadanya. Inilah keadaan mukmin yang lemah,
sedangkan mukmin yang kuat di sisi Allah swt lebih baik dari mukmin yang lemah.
4. Kelompok keempat, mereka yang mempunyai kekuatan dan kemauan
serta motivasi, akan tetapi lemah dalam pengetahuan agama, tidak dapat
membedakan antara wali Allah dengan wali syaitan. Seringkali salah menilai, ia menyangka
bahawa setiap yang hitam adalah kurma, dan setiap yang kuning mengkilap itu
emas dan setiap ubat yang berkhasiat itu racun.
Untuk memperoleh predikat imamah
(pemimpin) dalam agama tidak ada yang pantas kecuali kelompok yang pertama,
Allah swt berfirman:
“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka
itu pemimpin pemimpin dengan perintah Kami kerana mereka bersabar dan mereka
telah sangat yakin dengan ayat-ayat Kami ."
[QS. As-Sajadah: 24]
Siapa lagi contoh terbaik dalam hal ini
selain Nabi Muhammad saw, kerana beliau adalah manusia yang paling sempurna dan
paling mulia di dunia ini.
Berikut ini sepenggal kisah nan penuh
hikmah dari perjalanan hidup Rasulullah…
Beliau adalah manusia yang paling
sempurna tingkat ubudiahnya (penghambaan) kepada Allah Taala. Ketika Allah swt
telah mentakdirkan sesuatu yang berat dalam dakwah beliau, iaitu dua orang yang
selama ini sebagai pembela dan penupang dakwah beliau, Khadijah isteri beliau
dan Abu Thalib paman beliau, telah meninggal dunia. Membuat kaum Quraisy
meningkatkan permusuhan mereka kepada beliau dan memberi ultimatum untuk
menghentikan dakwah beliau, bahkan telah berani pula mengusir beliau dari
Mekkah.
Maka berangkatlah beliau ke Thaif,
berharap pembelaan dan bantuan. Kiranya bukan pembelaan yang beliau dapat dan
bukan bantuan yang beliau peroleh, tapi malah cacian dan cemuhan, bahkan usiran
oleh anak-anak dan wanita-wanita di sana, sedangkan beliau seorang utusan
Allah, Allah swt yang memiliki langit dan bumi.
Mereka telah melukai, melempar, beliau
dengan batu hingga luka kaki beliau, sebagaimana sebelumnya mereka telah
melukai hati dan perasaannya. Belum sampai di situ malaikat gunung Akhsyabain
meminta izin kepadanya untuk menimpakan gunung tersebut kepada mereka, sebagai
tanda bahawa beliau bukan sendirian.
Bertambah sedih beliau, kerana yang
beliau inginkan bukanlah balas dendam atau kepuasan diri, yang beliau inginkan
hanya menampakkan bukti penghambaan diri kepadaNya, hal itu tampak betul dari
doa yang beliau panjatkan kepadaNya,
“Yaa Allah, kepadaMulah daku keluhkan
lemahnya kekuatanku, sedikitnya hilafku, hinanya diriku di mata manusia. Wahai
Zat yang paling Pemurah ! Engkau-lah Rabb orang-orang yang lemah, dan Engkaulah
Rabbku! Kepada siapa Engkau hendak titipkan diriku?! Apakah kepada orang yang
jauh yang tidak peduli dengan diriku atau engkau hendak serahkan perkara diriku
kepada musuh?!
Meskipun begitu, selagi Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli!! Akan tetapi pengampunan-Mu lebih luas bagiku, aku berlindung dengan cahaya wajahMu -yang telah menerangi semua kegelapan, dengannya berjalan perkara dunia dan akhirat- dari turunnya murkaMu kepadaku atau jatuh kepadaku kebencianMu, hanya kepadaMu pengaduanku sampai Engkau redha, dan tidak ada daya dan upaya kecuali denganMu”.
Meskipun begitu, selagi Engkau tidak murka kepadaku, aku tidak peduli!! Akan tetapi pengampunan-Mu lebih luas bagiku, aku berlindung dengan cahaya wajahMu -yang telah menerangi semua kegelapan, dengannya berjalan perkara dunia dan akhirat- dari turunnya murkaMu kepadaku atau jatuh kepadaku kebencianMu, hanya kepadaMu pengaduanku sampai Engkau redha, dan tidak ada daya dan upaya kecuali denganMu”.
(dikutip dari buku karangan ustadz Armen
Halim Naro, rahimahullah, yang berjudul “untukmu yang berjiwa hanif”, dengan
beberapa penambahan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan