Beberapa faktor yang boleh mengilang dan
mengikis sifat sabar pada diri seseorang ialah seperti berikut;
1. Sikap isti’jal, ingin cepat gopoh.
Biasanya tindakan ingin cepat(gopoh) di
sebut sebagai tidak sabar. Allah swt menjadikan manusia dengan salah satu sifat
manusia ialah suka cepat. Firman Allah swt; al-Anbia’:37.
خُلِقَ
الْإِنْسَانُ مِنْ عَجَلٍ سَأُرِيكُمْ آيَاتِي فَلَا تَسْتَعْجِلُونِ
Maksudnya; "Manusia Telah dijadikan
(bertabiat) tergesa-gesa. kelak akan Aku perIihatkan kepadamu tanda-tanda
azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan
segera."
Kerana itulah orang beriman perlu
mujahadah untuk melawan sifat isti’jal dan
bersabar dalam menunggu hasil sesuatu usaha sebagai para rasul sentiasa sabar
dalam usaha dakwah walaupun tidak ramai yang menyambut dakwah yang disampaikan.
Firman Allah swt; al-Ahqaf:35
فَاصْبِرْ
كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ
Maksudnya; "Maka Bersabarlah kamu seperti
orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul-rasul Telah bersabar dan
janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka."
Sabda Rasulullah s.a.w;
التأني من الله و العجلة من الشيطان
Maksudnya; "Berhati-hati itu daripada
Allah dan tergesa-gesa itu daripada syaitan."
Sabda Rasulullah s.a.w;
العجلة
من الشيطان إلا في خمسة فإنها سنة رسول الله صلى الله عليه وسلم : إطعام الضيف
وتجهيز الميت وتزويج البكر وقضاء الدين .
Maksudnya; "Tergopoh-gapah itu
tindakan syaitan kecuali dalam lima perkara, iaitu mengawinkan anak perawan,
membayar hutang, menguruskan mayat, melayani tetamu dan bertaubat daripada
dosa.”
2. Marah.
Apabila seseorang marah maka hilang
sifat sabar dalam dirinya. Apabila seseorang marah maka di akan melakukan
perbuatan yang diluar dari batas-batas kesabaran. Kerana itulah apabila kita
dapat menahan dari sifat marah, kita menjadi orang yang sabar.
Firman Allah swt;
فَاصْبِرْ
لِحُكْمِ رَبِّكَ وَلَا تَكُنْ كَصَاحِبِ الْحُوتِ إِذْ نَادَى وَهُوَ مَكْظُومٌ
Maksudnya; "Maka Bersabarlah kamu (hai Muhammad)
terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam
(perut) ikan ketika ia berdoa sedang ia dalam keadaan marah (kepada kaumnya)."
(al-Qalam:48)
3. Putus Asa.
Apabila kita berputus asa bererti kita
tidak sabar atas ujian yang menimpa. Kerana itulah haram bagi orang beriman
berputus asa. Orang yang putus asa tidak sabar atas apa yang berlaku lalu
menyalahkan orang lain dan tidak redha dengan ketetapan Allah swt.
Firman Allah swt;
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا
وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Maksudnya; "Janganlah kamu bersikap
lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang
yang paling Tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
( Ali-Imran:139)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan