1. Takrif Fitnah Kubur.
Bahasa : Ujian dan `ibtilaa
Syarak : Soalan terhadap si mati tentang tuhannya, nabinya dan amalannya.
2. Dalil tentang kewujudan fitnah kubur.
Dari Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda :
Sesungguhnya seseorang hamba itu apabila diletakkan di dalam kuburnya dan keluarganya meninggalkannya, ketika mana dia masih lagi dapat mendengar bunyi selipar/kasut mereka, datang kepadanya dua malaikat lalu mereka mendudukkannya lantas bertanya : Apa yang kamu katakan tentang lelaki ini iaitu Muhammad s.a.w?
Seandainya dia seorang mukmin maka dia menjawab : Aku bersaksi bahawa dia (Muhammad) adalah hamba Allah dan rasulNya. Kemudian dikatakan kepadanya: Lihatlah tempat kamu di dalam neraka, sesungguhnya Allah telah tukarkan ia kepada suatu tempat di dalam syurga. Lalu dia melihat kepada kedua-duanya. Kemudian diluaskan kuburnya seluas tujuh puluh hasta dan dipenuhkan dengan tanaman-tanaman sehinggalah hari dia dibangkitkan.
Seandainya dia seorang munafik maka dia menjawab : Aku tidak tahu, aku berkata tentangnya sebagaimana dikatakan oleh orang lain. Kemudian dikatakan kepadanya: Tidaklah kamu tahu dan tidaklah kamu membaca. Maka dia dipukul dengan tukul-tukul daripada besi satu pukulan di antara kedua telinganya lantas dia bertempik dengan tempikan yang didengari oleh semua melainkan jin dan manusia.
Bukhari dan Muslim.(Dipetik dari kitab At-Tazkirah, Al-Qurtubi)
3. Beberapa persoalan / fasal mengenai fitnah kubur.
1- Menurut pendapat yang paling sahih, ruh adalah satu jisim yang halus yang berkait / berhubung dengan jisim yang nyata. Fitnah kubur akan berlaku pada ruh dan juga jasad.
2- Beriman dengan fitnah kubur dan azabnya adalah wajib berdasarkan perkhabaran Rasulullah s.a.w.
3- Para penentang agama menolak kewujudan azab kubur dengan hujjah bahawa ianya tidak dapat dibuktikan pada pandangan manusia.
Jawapan terhadap mereka :
a. Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
b. Banyak perkara yang ada di dunia ini tidak dapat dilihat oleh pandangan mata.
4. Kubur dari taman syurga @ jurang neraka,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan