Bismillahirrahmaanirrahiim.
Hampir setiap
orang punya hutang, orang yang punya hutang wajib bayar dan tidak semua yang
punya hutang pada bayar.
Hutang adalah
salah satu perkara yang dapat membahayakan orang yang telah meninggal di dalam
kuburnya.
Sa'ad ibn
Al-Athwal menceritakan bahawa saudaranya wafat. Saudaranya itu meninggalkan
hutang sebesar tiga ratus dirham dan sebuah keluarga.
Sa'ad
berkata, "Aku ingin menginfakkan harta tersebut kepada keluarganya."
Nabi Shalallahu'alaihi Wassalam berkata kepadaku, "Sesungguhnya
saudaramu tertahan kerana hutangnya, maka pergi dan bayarlah hutangnya."
Lalu aku pergi dan membayar hutangnya, kemudian aku datang dan berkata,
"Wahai Rasulullah, aku telah membayar hutangnya kecuali dua dinar yang
diklim oleh seorang perempuan, sebab ia tidak memiliki bukti. Beliau menjawab,
"Berikanlah sebab ia berhak."
(H.R. Ibnu
Majah, Ahmad, dan Baihaqi)
Bagi yang
punya hutang semoga kita dapat melunasi hutang-hutang sebelum ajal datang.
Aamiin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan