Dalil yang menunjukkan bahawa
solat sunnah qobliyah Subuh atau solat Sunnah Fajar dilakukan dengan rakaat
yang ringan, adalah hadits daripada Nafi’, daripada Ibnu Umar yang berkata bahawa
Ummul Mukminin Hafshah pernah mengabarkan,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى
الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُ مِنَ الأَذَانِ لِصَلاَةِ
الصُّبْحِ وَبَدَا الصُّبْحُ رَكَعَ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ
تُقَامَ الصَّلاَةُ
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam dahulu diam antara azannya muadzin hingga solat Subuh.
Sebelum solat Subuh dimulai, beliau dahului dengan dua rakaat ringan.”
(HR. Bukhari No. 618 dan
Muslim No. 723)
Dan solat sunnah Fajar
inilah yang paling Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam jaga, dikatakan oleh
‘Aisyah,
أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- لَمْ يَكُنْ عَلَى شَىْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مُعَاهَدَةً مِنْهُ عَلَى رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
“Nabi shallallahu ‘alaihi
wa sallam tidaklah menjaga solat sunnah yang lebih daripada menjaga solat
sunnah dua rakaat sebelum Subuh.”
(HR. Muslim No. 724)
Dalil anjuran bacaan ketika solat sunnah qobliyah subuh
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى
الله عليه وسلم- قَرَأَ فِى رَكْعَتَىِ الْفَجْرِ (قُلْ يَا أَيُّهَا
الْكَافِرُونَ) وَ (قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ)
“Sesungguhnya Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ketika solat sunnah qobliyah Subuh surah
al-Kafirun dan surah al-Ikhlas.”
(HR. Muslim No. 726)
Keutamaannya : Lebih baik dari dunia dan isinya
Adapun dalil yang
menunjukkan keutamaan solat sunnah qobliyah subuh adalah hadits daripada
‘Aisyah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ
مِنَ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا
Dua rakaat Fajar (solat
sunnah qobliyah Subuh) lebih baik daripada dunia dan isinya.”
(HR. Muslim No. 725)
Jika keutamaan solat sunnah
Fajar saja demikian adanya, bagaimana lagi dengan keutamaan solat Subuh itu
sendiri?
SUBHANALLAH....
Semoga kita termasuk orang
yang rajin mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah, Aamiin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan