Ustaz SALAFI
- Yazid bin Abdul Qadir Jawas dalam bukunya menjelaskan sebagai berikut
:
Seputar Kesalahan Dalam Solat
Berikut
beberapa kesalahan dan bidaah yang biasa dilakukan masyarakat setelah solat
fardhu (wajib) yang lima waktu : (saya hanya menyebutkan kesalahan yang ketiga
saja)
3. Berzikir
dengan bacaan yang tidak berdalil baik lafaz mahupun jumlahnya, atau berzikir
dengan dasar hadits yang dha'if (lemah) ataupun maudhu' (palsu). Contohnya
melafalkan Alhamdulillah dan surah al-Fatihah sesudah salam.
Sumber :
Zikir pagi dan petang dan Sesudah Solat Fardhu Menurut al Quran dan as-Sunnah yang Shahih Hal.113 Pustaka Imam As-Syafi'i
Benarkah Berdoa Dan Berzikir Dengan Lafaz Doa Atau
Zikir Yang Tidak Berdalil (Yang Tidak Diajarkan Nabi SAW) Atau Yang Kita Susun
Sendiri Baik Lafaz Atau Jumlahnya Sesudah Solat Adalah Perbuatan Bidaah Sesat
Dan Pelakunya Terancam Masuk Neraka?
Daripada
Abdullah bin Buraidah al-Aslami dari ayahnya berkata :
"Nabi
SAW pernah mendengar seseorang yang sedang berdoa, dan orang itu mengatakan :
"
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ أَنْتَ اللَّهُ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ."
قَالَ :
فَقَالَ : (( وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ سَأَلَ اللَّهَ بِاسْمِهِ
الأَعْظَمِ الَّذِي إِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى )).
Kemudian
Rasulullah SAW bersabda :
"Demi
zat yang jiwaku dalam genggamanNya, sesungguhnya dia memohon kepada ALLAH
dengan namaNya yang paling agung yang apabila ALLAH diseru dengan namaNya itu ALLAH
pasti akan menjawab dan apabila diminta dengan namaNya itu ALLAH pasti akan
memberikannya."
( HR Tirmidzi
)
Referensi :
سنن الترمذي كتاب الدعوات الجزء الخامس صفحة ٢٩٠ دار الفكر
- As-sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki berkata :
ومن زعم أن الدعاء بغير ما دعا به رسول الله صلى الله عليه و سلم بدعة ، فقد افترى على الرسول صلى الله عليه و سلم و على الشريعة ، فقد فعل ذلك أصحاب المصطفى و أقرهم صلى الله عليه و سلم ، و إقراره شرع.
“Barangsiapa
yang beranggapan bahawa berdoa selain doa yang diajarkan Nabi SAW adalah
perbuatan bidaah, Maka dia telah berbuat kebohongan atas Nabi SAW dan syariat
(Islam). Sesungguhnya para sahabat yang terpilih (Nabi SAW) telah melakukan hal
itu (berdoa dengan doa yang tidak diajarkan Nabi SAW) dan Nabi SAW menyetujui perbuatan
para sahabat, dan persetujuan Nabi SAW adalah "syariat ( Islam )."
Referensi :
منهج السلف فى فهم النصوص بين النظرية و التطبيق للسيد محمد بن علوي المالكى الحسني ص ٤٠٦
Hadits Tentang Para Sahabat Berdoa Dengan Doa
Selain Yang Diajarkan Nabi Saw Sangat Banyak. Satu Hadits Di Atas Cukuplah
Sebagai Dalil Buat Kita.
Daripada
Rifa'ah bin Rafi' az-Zuraqi berkata :
Pada suatu
hari kami solat di (bermakmum) di belakang Nabi SAW, maka ketika beliau
menganggkat kepalanya dari rukuk beliau mengucapkan :
(( سَمِعَ
اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ )).
قَالَ رَجُلٌ
وَرَاءَهُ : "رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا
مُبَارَكًا فِيهِ". فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ : (( مَنِ الْمُتَكَلِّمُ )).
قَالَ أَنَا. قَالَ: ((رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا،
أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ)).
Seorang lelaki
di belakang beliau membaca :
"Wahai
Tuhan kami, bagiMu segala pujian, aku memujiMu dengan pujian yang banyak, yang
baik dan penuh berkah."
Setelah
selesai solat beliau SAW berkata :
"Siapa orang yang membaca kalimat tadi?"
Orang itu
menjawab : "Saya."
Beliau
bersabda :
"Aku
melihat lebih dari tiga puluh Malaikat berebut siapa di antara mereka yang
terlebih dahulu menuliskan kalimat itu."
Ibnu Hajar
al-Asqalani berkata :
واستدل به على
جواز إحداث ذكر في الصلاة غير مأثور إذا كان غير مخالف للمأثور.
"( para
ulama ) menarik kesimpulan dengan hadits ini, bahwa boleh mengkreasi (ihdats) zikir
yang tidak diajarkan Nabi SAW di dalam "solat" apabila tidak
bertentangan dengan yang ma'tsur."
Referensi :
فتح الباري شرح صحيح البخاري للحافظ أحمد بن علي بن حجر العسقلاني الجزء الثاني كتاب الأذان ص ٤٢٢ دار الفكر
Dalam Hadits Dan Pendapat Ibnu Hajar Al-Asqalani Di
Atas Di Terangkan, Kebolehan Berzikir "Di Dalam Solat" Dengan Zikir
Yang Tidak Diajarkan Nabi SAW, Nah, Jika Di Dalam Solat Saja Boleh, Apalagi
Setelah Solat.
Adapun
melebihkan jumlah atau mengurangi bilangan zikir yang telah diajarkan Nabi SAW,
para ulama berbeza pendapat, sebagai berikut :
1. Sebahagian
ulama berpendapat bahawa bilangan zikir yang diajarkan Nabi SAW seperti zikir-zikir
setelah solat fardhu itu (contoh tasbih, tahmid, takbir 33 kali) menetapkan
pahala amal yang khusus, lalu ditambah jumlah bilangan zikirnya, maka dia tidak
dapat pahala amal yang khusus tersebut, kerana dimungkinkan ada pada bilangan
zikir tersebut hikmah dan keistimewaan yang luput disebabkan menambah jumlah
bilangan yang telah ditentukan Nabi SAW.
2. Pendapat
kedua, Guru kami al-Hafidz Abu al-Fadhli di kitab Syarah at-Tirmidzi berkata:
"Pendapat
pertama perlu dikaji, kerana orang yang berzikir itu telah mendatangkan zikir
dengan bilangan yang telah ditentukan yang menetapkan pahala amal yang khusus
tersebut dan dia memperoleh pahalanya, maka apabila dia menambah jumlah
bilangan zikir yang sejenis, bagaimana boleh penambahan jumlah bilangan zikir
tersebut menghilangkan pahala amal yang telah dia peroleh?
3. Ibnu Hajar
al-Asqalani berkata :
Al-Imam
al-Qarafi dalam kitab al-Qawaid "Berlebih-Lebihan (Dalam Berpendapat Dalam
Masalah Ini)" seraya berkata :
Dan termasuk
bidaah yang makruh adalah menambah kesunnahan yang telah ditentukan oleh syarak
kerana telah menjadi kebiasaan para penguasa apabila membuat batasan sesuatu,
hendaklah berhenti dibatasan itu dan menganggap orang yang di luar batasan itu
termasuk orang yang buruk adabnya.
Referensi :
فتح الباري بشرح صحيح البخاري للحافظ أحمد بن علي بن حجر العسقلاني الجزء الثاني كتاب الأذان ص ٤٦٥ دار الفكر
Perhatikan Perkataan Ibnu Hajar Al-Asqalani Yang
Mengomentari Pendapat Al-Imam Al-Qarafi Yang "Membidaahkan" Orang
Yang Menambah Jumlah Bilangan Zikir Sunnah Yang Telah Ditentukan Jumlahnya,
"Sebagai Pendapat Yang Berlebih-Lebihan."
Dan tuduhan
Ustad Salafi -Wahabi Yazid bin Abdul Qadir Jawas yang mengatakan bidaah yang
biasa dilakukan masyarakat adalah mengamalkan zikir dengan dasar hadits dhaif,
cukup dijawab dengan pendapat ulama yang mu'tabar Al-Imam Yahya Bin Syaraf An-
Nawawi Wafat 676 H Di Dalam Kitab Al-Adzkar Hal.38 :
( فصل ) : قال
العلماء من المحدثين و الفقهاء و غيرهم :
يجوز و يستحب
العمل في الفضائل و الترغيب و الترهيب بالحديث الضعيف مالم يكن موضوعا.
Para ulama
dari kalangan ahli hadits dan fuqaha' dan selain mereka berkata :
"Boleh
dan sunnah mengamalkan hadits dhaif (lemah) pada keutamaan amal, untuk
memotivasi (beramal) dan sebagai ancaman (dari maksiat) selama darjat haditsnya
tidak maudhu' (palsu).
Tuduhan Yazid Bin Abdulqadir Jawas Bahawa
Masyarakat Mengamalkan Zikir Dengan Dasar Hadits Maudhu' Terbantahkan.
و الله أعلم
بالصواب و علمه أتم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan