ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman:
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
"Sungguh
telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya
penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat
belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin."
QS. Attaubah
28.
Ibnu Katsir
-rahimahullah- ketika menafsirkan ayat tersebut berkata: {حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ}
"Yakni beliau sangat menginginkan agar kalian mendapat hidayah dan meraih
kemanfaatan dunia dan di akhirat."
Syaikh As
Sa'diy -rahimahullah- ketika menafsirkan ayat tersebut berkata:
"Yakni, sangat sayang dan berbelaskasih (rahmat) kepada mereka (umatnya). Beliau lebih sayang pada umatnya melebihi kasih sayang orang tua mereka kepada mereka! Oleh kerana itu, hak beliau lebih didahulukan daripada hak-hak seluruh makhluk, serta wajib bagi ummat ini beriman terhadap beliau, mengagungkan beliau, membela beliau, dan memuliakan beliau."
"Yakni, sangat sayang dan berbelaskasih (rahmat) kepada mereka (umatnya). Beliau lebih sayang pada umatnya melebihi kasih sayang orang tua mereka kepada mereka! Oleh kerana itu, hak beliau lebih didahulukan daripada hak-hak seluruh makhluk, serta wajib bagi ummat ini beriman terhadap beliau, mengagungkan beliau, membela beliau, dan memuliakan beliau."
Beliau
sentiasa mendoakan umat beliau.
Ummul Mu'mini; Aisyah -radhiallahu anha- berkata: “Ketika
Aku melihat ketenangan pada diri Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam-
maka Aku katakan: 'Yaa Rasulullah, berdoalah kepada Allah untuk kebaikanku.'
lalu beliau bersabda:
اللهم اغفر
لعائشة ما تقدَّم من ذنبها وما تأخر، وما أسرَّتْ وما أعلنت
"Yaa
Allah, ampunilah Aisyah atas apa yang telah ia lakukan dan yang akan ia
lakukan, serta apa yang ia sembunyikan dan apa yang ia nampakkan."
Maka Aisyah
tertawa (bahagia) sampai kepalanya terjatuh pada pangkuan Beliau. Lalu
Rasulullah bersabda padanya: "Apakah doa ini membuatmu bahagia?" Ia
menjawab: "Bagaimana mungkin doa Engkau ini tidak membuatku
bahagia!?" Maka Rasulullah menjawab:
والله إنها لدعوتي لأمَّتي في كل صلاة
"Demi Allah,
doa tersebut pun merupakan doaku untuk umatku pada setiap solat!"
(HR. Ibnu
Hibban, dihasankan Al Albaniy)
Beliau sangat kuatir terhadap nasib umat Beliau.
Abdullah bin Umar menuturkan; bahawasanya Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- membaca firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tentang (hikayat) Nabi Ibrahim yang mengatakan:
Abdullah bin Umar menuturkan; bahawasanya Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- membaca firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tentang (hikayat) Nabi Ibrahim yang mengatakan:
رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ ۖ فَمَنْ تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي ۖ وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Yaa
Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada
manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu
termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya
Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
QS. Ibrahim
36.
Dan ayat tentang Nabi Isa yang berkata:
إِنْ تُعَذِّبْهُمْ فَإِنَّهُمْ عِبَادُكَ ۖ وَإِنْ تَغْفِرْ لَهُمْ فَإِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
"Jika
Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau, dan
jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana."
QS. Al
Maidah: 118
Maka Beliau mengangkat tangannya dan berkata: 'Yaa Allah... Umatku... Umatku...' Lalu beliau pun menangis. Maka Allah 'azza wa jalla berfirman: 'Wahai Jibril! pergilah kepada Muhammad -padahal Rabbmu lebih mengetahui- tanyakan padanya; apa yang membuatmu menangis?'
Lalu malaikat
Jibril -'alaihis Salam- mendatangi Beliau lalu menanyakannya, Maka Rasulullah
mengabarkan padanya apa yang beliau ucapkan tadi, -sedangkan Rabbmu lebih
mengetahui-. Maka Allah berfirman:
يا جبريل! اذهبْ إلى محمدٍ فقلْ: إنَّا سنُرضيكَ في أُمَّتكَ ولا نَسُوءُك
'Wahai
Jibril! pergilah pada Muhammad dan katakan padanya: 'Sungguh Kami akan
membuatmu reda terhadap umatmu dan Kami tidak akan mengecewakanmu."
(HR. Muslim)
Bahkan,
beliau sangat ingin bertemu dengan umat Beliau. Anas bin Malik radhiallahu 'anhu- berkata: Sesungguhnya Nabi
-shallallahu 'alaihi wa sallam- bersabda:
وددتُ أني لقِيت إخواني
"Sungguh
Aku ingin bertemu dengan ikhwan (saudara-saudara)ku." Maka para Sahabat
berkata: "Bukankah kami ini adalah ikhwan Engkau?" Beliau
menjawab:
أنتم أصحابي، ولكن إخواني الذين آمنوا بي ولم يرَوني
"Kalian
adalah Sahabat-sahabatku. Akan tetapi, para ikhwanku itu adalah orang-orang
yang beriman kepadaku sedangkan mereka belum melihatku."
(HR. Ahmad dan Thabrani, dishahihkan oleh Al
Albaniy).
Oleh kerana
itu, kesempurnaan iman akan diraih bila kita membalas cinta beliau dengan
mencintai beliau melebihi cinta kita pada siapa pun, selain pada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA.
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين
"Tidak
sempurna iman salah seorang di antara kalian sampai Aku lebih dia cintai
daripada bapanya, anaknya, dan daripada manusia seluruhnya!"
(HR. Bukhari dan Muslim)
Namun, cinta
itu perlu bukti, bukan hanya ucapan di bibir. Bukti cinta adalah mentaati dan
mengikuti keinginan orang yang dicintai. Betapa banyak orang yang mengklaim
cinta Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam-, tetapi beliau membenci
mereka, bahkan di antara umat beliau ada yang terusir dari telaga beliau kelak
di akhirat. Dan yang lebih mengerikan adalah ketika itu terjadi kelak, beliau
pun turut mengusir mereka.
Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- menuturkan apa yang kelak
akan terjadi setelah hari Kiamat:
إِنِّي فَرَطُكُمْ عَلَى الْحَوْضِ مَنْ مَرَّ عَلَيَّ شَرِبَ ، وَمَنْ شَرِبَ لَمْ يَظْمَأْ أَبَدًا ، لَيَرِدَنَّ عَلَيَّ أَقْوَامٌ أَعْرِفُهُمْ وَيَعْرِفُونِي ، ثُمَّ يُحَالُ بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ ، فَأَقُولُ : إِنَّهُمْ مِنِّي ، فَيُقَالُ : إِنَّكَ لَا تَدْرِي مَا أَحْدَثُوا بَعْدَكَ ، فَأَقُولُ : سُحْقًا ، سُحْقًا ، لِمَنْ غَيَّرَ بَعْدِي ) .
رواه البخاري ( 6212 ) ومسلم ( 2290 ) .
"Sesungguhnya
Aku menunggu kalian di Telaga (Haudh), siapa saja yang melewatiku maka akan
meminumnya, siapa yang meminumnya maka tidak akan haus selamanya. Sungguh akan
ada kaum-kaum yang Aku kenali mereka dan mereka pun mengenaliku, kemudian
mereka dihalangi dariku. Lalu Aku katakan: 'Sungguh mereka itu dari (umat)ku!'
Maka dikatakan (padaku): 'Sesungguhnya Engkau tidak mengetahui apa yang
telah mereka ada-adakan sepeninggal Engkau!' Maka Aku pun mengatakan:
سُحْقًا ، سُحْقًا ، لِمَنْ غَيَّرَ بَعْدِي
'Menjauhlah! Menjauhlah
bagi siapa pun yang telah mengubah-ubah (agama) sepeninggalku!"
(HR. Bukhari dan Muslim)
Subhanallah, Memang benar beliau sangat penyayang dan berbelaskasih
pada umatnya. Akan tetapi, ternyata beliau pun sangat membenci siapa saja yang
berani mengubah-ubah atau membuat-buat perkara baru dalam ajaran agama Islam
yang telah beliau ajarkan ini.
Ketidaksukaan
Beliau terhadap hal tersebut pun tergambarkan dalam hadits-hadits beliau
tentang celaan dan ancaman terhadap kebidaahan.
وصلى الله على
نبينا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين
Ditulis oleh: Muhammad Hilman Alfiqhy
Ringkasan Khutbah Jum'at, di Masjid imam Syafi'i.
Cilembu, 10 Dzul Hijjah 1438 H
Ringkasan Khutbah Jum'at, di Masjid imam Syafi'i.
Cilembu, 10 Dzul Hijjah 1438 H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan