Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 30 Disember 2017

S 35 : BELAJAR 33 TAHUN, HANYA DAPAT 8 HAL

Suatu hari, Imam Syaqiq Al Balkhi bertanya kepada muridnya yang bernama
Hatim Al Ashom :
Imam syaqiq : "Sudah berapa lama engkau menuntut ilmu dariku?"
"Sudah 33 tahun," jawab Hatim.
"Apa yang telah kau pelajari, selama 33 tahun ini?" Tanya Imam Syaqiq.
"Hanya 8 hal," jawab Hatim.
"Inna lillahi wa inna ilaihi rooji'uun! 
Kuhabiskan umurku untuk mendidikmu, namun kau hanya mempelajari 8 hal dariku?" Ucap Imam Syaqiq hairan.
"Benar Yaa Syeikh, aku hanya mempelajari 8 hal saja, aku tidak mahu mendustai anda," jawab Hatim.
"Cuba sebutkan 8 hal yang telah kau pelajari itu!" Pinta Imam Syaqiq.
Hatim Al Ashom pun berkata :

Pertama : 

Kulihat setiap manusia memiliki seorang kekasih. Ketika dia mati, kekasihnya ikut menghantarkannya hingga ke kuburan, lalu meninggalkannya sendirian di sana. Maka,
aku lebih memilih amal
kebajikan sebagai kekasihku,  sehingga ketika nanti aku masuk liang kubur, amalku akan ikut bersamaku."

Kedua : 

"Aku merenungkan Wahyu
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka syurgalah yang akan menjadi tempat tinggalnya."
(QS. An Naazi'aat, 79:40-41)

Aku sedar, bahawa firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pastilah benar,
Maka aku pun
berjuang untuk melawan keinginan nafsuku, hingga nafsuku tunduk kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA."

Ketiga : 

Ku perhatikan manusia selalu memuliakan dan menyimpan harta benda berharga yang mereka miliki, lalu kupelajari firman
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

"Apa yang ada disisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi ALLAH akan kekal."
(QS. An Nahl,16:96)
Maka setiap kali aku memperoleh sesuatu yang berharga, aku pun menyedekahkannya dijalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, agar hartaku selalu tetap terjaga di sisiNya."

Keempat : 

Aku melihat setiap manusia mengejar harta, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan nasab. Namun setelah aku mempelajarinya, ternyata semua itu tidak ada apa-apanya, saat aku membaca wahyu
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

"Sesungguhnya, orang yang paling mulia di sisi ALLAH, adalah orang yg paling bertaqwa (kepada ALLAH) di antara kalian."
(QS. Al Hujurat,49:13)

Kerana itulah, aku pun beramal untuk mewujudkan taqwa, agar aku memperoleh kedudukan yang mulia di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Kelima : 

Aku melihat manusia saling mencela dan melaknat, dan sumber semua itu adalah hasad (kedengkian). Lalu aku mempelajari wahyu
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

"Kami telah membagikan untuk penghidupan mereka di alam dunia."
(QS. Az Zukhruf, 43:32)

Akupun sedar, bahawa semuanya telah dibagi oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Maka aku TINGGALKAN SIFAT HASAD (dengki), kujauhi manusia, dan aku tidak bermusuhan dengan seorang pun.


Keenam: 

"Kulihat manusia saling menganiaya dan saling membunuh, padahal
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman: 

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh (mu)." 
(QS. Al Fathir, 35:6)

Oleh sebab itu, aku tinggalkan permusuhan dengan manusia dan aku jadikan syaitan sebagai satu-satunya musuhku. Aku selalu mewaspadainya dengan sekuat tenaga, sebab ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sendiri yang telah menjadikan syaitan sebagai musuhku.

Ketujuh: 

Aku melihat setiap orang hanya demi sepotong roti (harta), mereka rela menghinakan diri mereka sendiri dengan melakukan hal-hal yang diharamkan oleh
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Lalu kuperhatikan firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

"Dan tiada satupun binatang melata di bumi, melainkan ALLAH telah menanggung rezekinya." 
(QS. Hud,1:6)

Aku sedar, bahawa diriku adalah salah satu dari yang melata itu, dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah menjamin rezekiku. Oleh kerana itu, kusibukkan diriku untuk menunaikan kewajipan yang telah diberikan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan aku tidak pernah merisaukan sesuatu yang telah dijamin oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA untukku."

Kelapan: 

"Aku melihat semua orang bergantung kepada makhluk
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Ada yang bergantung kepada ladangnya, bergantung kepada perniagaannya, bergantung kepada pekerjaannya, dan bergantung kepada kesihatan jasmaninya. Akupun kembali kepada firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA:

"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, maka ALLAH akan mencukupkan (segala keperluan)nya."
(QS. Ath Tholaaq, 65:3)

Oleh kerana itulah, Aku pun bertawakal (bergantung) kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA yang Maha Perkasa dan Maha Agung, dan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA pun mencukupi semua keperluanku."

Mendengar jawapan daripada Hatim Al Ashom, Imam Syaqiq Al Balkhi berkata:

"Wahai Hatim, semoga ALLAH memberimu taufik. Aku telah mempelajari Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran. Dan kutemukan bahawa semua jenis kebaikan dan ajaran Agama, berkisar pada 8 hal yang tadi telah kau sampaikan. Barangsiapa mengamalkan 8 hal tersebut. bererti, dia telah mengamalkan isi dari 4 kitab suci."

LALU........
Berapa lama kita menuntut ilmu? 
Apa yang kita dapatkan? 
Adakah pelajaran penting yang meresap ke dalam hati kita dan selalu kita amalkan?
Atau semua itu hanya sekadar penghibur telinga kita?
Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, memberi kita Taufiq dan Hidayah.
Sehingga kita dapat mengamalkan apa yang kita dengar, kita lihat dan kita baca.
Aamiin….

Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan