Jangan
berharap kepada manusia, kerana engkau akan kecewa. Berharaplah kepada ALLAH, nescaya
engkau tidak akan pernah kecewa. Manusia yang mulia adalah yang dia bangun di sepertiga
malam terakhir, kemudian meminta kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA.
Jangan
lewatkan waktumu untuk berbuat maksiat, kerana tak tahu bila ajalmu akan
menjemput. Sehingga kematianmu menjadi su'ul khothimah. Hidupmu di dunia ibarat
satu hari atau setengah hari dibandingkan kehidupanmu di akhirat kelak,
persiapkanlah bekalmu, dan sebaik-baik bekal adalah takwa.
Infakkanlah
hartamu kerana simpanan harta yang sesungguhnya adalah yang akan engkau bawa
sampai mati, bukan yang engkau simpan untuk duniamu.
Jangan engkau
tunda pekerjaan pagimu untuk petang harimu, nescaya banyak pekerjaan yang akan
engkau selesaikan. Aturlah waktumu sebaik mungkin, Bila mengurus pekerjaan
rumahtanggamu, bila engkau membaca al Quran, bila engkau membaca buku yang
bermanfaat dan pekerjaan lainnya.
Orang yang
tertipu adalah orang yang tidak dapat memanfaatkan waktu luangnya padahal dia
dalam keadaan sihat. Sesungguhnya setelah waktu luang akan ada waktu sibuk,
setelah sihat akan ada masa sakit...m Manfaatkanlah masa sihatmu dan waktu luangmu
sebaik mungkin. Sesungguhnya masa sakitmu dibandingkan masa sihatmu lebih
banyak masa sihatmu. Cuba ingatlah berapa lama kamu sakit? Seminggu? Sebulan?
Setahun? Bandingkan dengan masa sihatmu! Bersyukurlah.
Janganlah
engkau merasa aman dari perbuatan maksiat yang engkau lakukan secara diam-diam.
Jika isteri, suami atau orang lain tak ada yang mengetahui, akan tetapi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA mengetahui
perbuatanmu. Dan kelak perbuatanmu akan dipertanggungjawabkan. Apabila
perbuatan maksiat sudah engkau lakukan, menyesallah! Bertaubatlah! Bertaubat
dengan sebaik-baik taubat. Janganlah engkau ulangi.
Tegakkanlah
solat nescaya akan menghapusnya. Berbuat baiklah kepada orangtuamu nescaya akan
menghapus dosa-dosamu.
Berdoalah.
Sesungguhnya doa yang paling banyak diucapkan Nabi shalalallahu 'alaihi wa
sallam adalah - Yaa muqollibal quluub, tsabbit qolbii 'alaa diinik - Wahai yang
membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam agamaMu. Jangan engkau
tinggalkan setelah solat subuh sebuah doa - Allohumma innii as aluka 'ilmaana
fi'a wa rizqon thoyyiba wa 'amalan mutaqobbalaa - Yaa Allah aku meminta
kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.
Bacalah zikir
pagi dan petang, dia hanya meminta waktumu 10 minit. Kau boleh melakukan disela-sela
aktivitimu.
Bacalah buku
yang bermanfaat kerana ia dapat membawakanmu kepada kebaikan.
Bacalah buku 4 jam dalam sehari.
Bacalah buku 4 jam dalam sehari.
Manusia yang
paling utama adalah yang baik akhlaknya. Dan manusia yang paling cerdas adalah
yang selalu mengingat mati dan mempersiapkan bekal menghadapi kehidupan setelah
kematian.
Janganlah
engkau panjang angan-angan untuk kehidupan duniamu. Ketika usahamu telah mencukupi keperluan
hidupmu, tak usah engkau tambahkan beban hidupmu dengan berhutang untuk
memperluas usahamu kerana boleh jadi engkau akan mati meninggalkan hutang dan
sesungguhnya Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam tak bersedia menyolati jenazah
orang yang mati meninggalkan hutang.
Boleh engkau
melakukan hal-hal mubah seperti menjaga kesihatan badanmu, akan tetapi janganlah
hal tersebut membuatmu lupa menjaga kesihatan hatimu.
Berikan rasa
cintamu untuk orang-orang soleh, bukan untuk orang-orang kafir.
Terakhir,
maafkanlah orang yang telah menyakiti hatimu dan ini adalah nasihat yang
menghujam hatiku..!!
Allahu a'lam
Dikongsi
oleh: Ummu Sarah Badrusalam hafizhahallah (beliau adalah adik dari ustaz yazid
jawas Hafizhahullah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan