Pelaku
maksiat lebih mungkin untuk bertaubat kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA dari perbuatannya, kerana ia tahu bahawa yang
diperbuatnya tersebut keliru dan dosa. Berbeza halnya dengan pelaku bidaah yang
menganggap baik perbuatannya dan berkeyakinan ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA mencintai perbuatannya.
Padahal syaitanlah
yang menghiasi perbuatan bidaah tersebut hingga nampak indah di matanya. ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA berfirman:
أَفَمَنْ
زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا فَإِنَّ اللَّهَ يُضِلُّ مَنْ
يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ
“Maka apakah
orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia
meyakini pekerjaan itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)?
Maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendakiNya dan menunjukki
siapa yang dikehendakiNya.”
[QS. Faathir
: 8]
Ia tidak menyedari
bahawa perbuatan bidaah yang dilakukannya justeru menyebabkan semakin jauh dari
agama ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA.
Dinukil dari:
"...Bidaah Lebih Dicintai Iblis daripada Maksiat."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan