Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 30 Disember 2017

S 70 : TIGA PULUH TANDA-TANDA HATI KITA KOTOR

1. Gelisah walaupun tiada masalah.
2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.
3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.
4. Tidak amanah dan mungkir janji.
5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.
6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.
7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.
10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.
11. Menyampaikan ilmu dengan riak.
12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.
13. Berpakaian elok untuk dipuji serta menunjuk-nunjuk.
14. Derhaka kepada kedua-dua ibubapa.
15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang).
16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.
17. Solat yang tidak khusyuk.
18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.
19. Selalu mengeluh serta tidak reda dengan suratan takdir.
20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.
21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.
22. Membesar-besarkan hal yang remeh-temeh.
23. Suka bergosip dan menabur fitnah.
24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.
25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat. Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.
26. Pendendam.
27. Penting diri dalam semua hal.
28. Berpura-pura dan suka membodek.
29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.
30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.


Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari kita bersama-sama bermuhasabah diri samada hati kita ini masih terhijab kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah kita bersama-sama membersihkannya dengan mengenal ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, banyak mengingati ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan makhlukNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan