Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 30 Disember 2017

S 44 : BAHAYA BIDAAH

Kenapa ahlul bidaah susah taubatnya daripada pelaku maksiat? 

Kenapa syaitan lebih mencintai ahli bidaah daripada ahli maksiat?

Ini adalah disebabkan ahli bidaah merasa amalan-amalan yang dilakukannya itu BENAR dan merasa yakin dapat mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Sedangkan, ahli maksiat tahu kalau amalan yang dia lakukan itu dosa dan dapat menjauhkan diri daripada ALLAH SWT, hingga dia ingin bertaubat dari kemaksiatannya.

ALLAH SWT menghalangi taubat pelaku bidaah dari kebidaahannya (kecuali orang yang ALLAH SWT berikan rahmat).

RASULULLAH SHALLALLAHU ‘ALAIHI WA SALLAM bersabda,

إِنَ اللهَ حَجَبَ التَّوْبَةَ عَنْ كُلِّ صَاحِبِ بِدْعَةٍ حَتَّى يَدَعْ بِدْعَتَهُ

“Sungguh ALLAH menghalangi taubat dari setiap pelaku bidaah sampai ia meninggalkan bidaahnya.”
(HR. Ath Thabrani dalam Al Ausath no.4334. Dishahihkan oleh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 54).

As Safarini mengatakan:

وَتَوْبَةُ الْمُبْتَدِعِ أَنْ يَعْتَرِفَ بِأَنَّ مَا عَلَيْهِ بِدْعَةٌ

"Yang dimaksud taubatnya pelaku bidaah adalah ia mengakui apa yang dilakukannya adalah bidaah." 
(Ghadzaul Albab Syarh Manzhumatul Adab, hal. 581)

Imam Ahmad ketika ditanya mengenai makna hadits di atas, beliau menjawab:

لَا يُوَفَّقُ, وَلَا يُيَسَّرُ صَاحِبُ بِدْعَةٍ

"Maksudnya: ia tidak mendapatkan taufiq, pelaku bidaah tidak dipermudah untuk bertaubat."
(Ghadzaul Albab Syarh Manzhumatul Adab, hal. 582)

Hal itu disebabkan pelaku bidaah apapun menganggap bidaahnya itu baik dan qurbah (upaya mendekatkan diri kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA) sehingga sama sekali tidak terfikir untuk bertaubat.
Ini disababkan bidaah itu bahaya dan mengerikan, jangan anda anggap remeh-temeh.
Namun, tentu saja pelaku bidaah masih ada kesempatan bertaubat selama nyawa belum sampai kerongkongan.

Allaahul musta'an

(Copas status Kang Aswad dengan sedikit tambahan dan editan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan