Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 30 Disember 2017

S 54 : MAHU TAHU CARA MASUK SYURGA SEKELUARGA?

1. Cuba suatu hari ingatkan seluruh anggota keluarga begini; "Kita kerjasama agar masuk syurga sekeluarga yok?"

2. Bagaimana caranya? Lihat surah Ath Thur 25-26.
"Para penghuni Syurga membocorkan rahsianya bagaimana cara masuk Syurga
sekeluarga. Mahu tahu?"

3. Ceritanya penghuni Syurga saling bercengkerama berhadap-hadapan, masing-masing bertanya kabar bagaimana keluarga kalian dulu, bagaimana boleh masuk Syurga?

4. Jawabnya seragam; "Kami boleh masuk Syurga kerana dulu di dunia, keluarga kami saling mengingatkan satu sama lain tentang siksa pedih Neraka."

5. Kerananya Visi rumah tangga orang beriman adalah:
"Peliharalah dirimu dan keluargamu dari siksa Neraka." (At Tahrim; 6). Yaa Rabb, bagus!

6. Rumahku Syurgaku, akan terjadi jika masing-masing anggota keluarga memelihara dirinya dan mengingatkan anggota keluarga lainnya dari siksa Neraka.

7. Siapa yang tak sedih jika ada salah seorang anggota keluarganya (ayah, ibu, kakak atau adik) terjerumus ke lingkungan siksa Neraka.

8. Setiap anggota keluarga pasti sangat sedih jika Bahtera Keluarga pecah dan karam akibat terpaan gelombang kehidupan dunia yang mematikan.

9. Agar masuk Syurga sekeluarga, ingatkan anggota keluarga kita yang sedang khilaf berbuat dosa atau melalaikan perintah ALLAH SUBHANAHU WA TAALA, jangan dibiarkan.

10. Jangan kecewa kalau peringatan kita diabaikan, atau malah dilecehkan, kerana dakwah di tengah keluarga kadang memang lebih berat, jangan lupa didoakan.

11. Nabi Nuh as tak pernah bosan mengingatkan anaknya yang tersesat, Nuh as terus mendoakannya sampai akhirnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menenggelamkan Kan'an.

12. Nabi Luth as tak pernah berhenti memperingatkan isterinya yang membangkang, sampai akhirnya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA membinasakan isterinya bersama kaum Sodom.

13. Asiah binti Muzahim, tertatih-tatih memperingatkan suaminya Firaun, konsisten mendidik Masyithah Musa as, akhirnya Asiah yang dibunuh Firaun.

14. Habil tak pernah takut mengingatkan dan menasihati abangnya Qabil, rasa iri dan dengki berkecamuk sampai akhirnya Habil dibunuh Qabil.

Semoga bermanfaat...aamiin yaa rabb
Az Zikr Studio 

Dakwah ilallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan