Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 30 Disember 2017

S 53 : SUNNAH NABI SAW UNTUK MENGHIDUPKAN KEBIASAAN PRODUKTIF SEORANG MUSLIM

Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri, juga sebagai buah tangan buat sahabat sekalian. Mari kita laksanakan 10 Sunnah Nabi yang Hebat ini.

1. Tahajjud,
Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. In shaa Allah doa mudah termakbul dan kita semakin dekat dengan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

2.Membaca Al Quran setiap hari. Sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat.

3. Zikir setelah solat. Ini yang dicontohkan Nabi. Subhanallah Walhamdulillah Walaa ilaa
haillallah Allahu Akbar.

4. Menjaga Solat Sunnah Rawatib. Mahu kan dibangunkan rumah di syurga?
(HR. Muslim no. 728)

5. Zikir Pagi dan Petang. "Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut dan dengan tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai."
(QS. Al Araf:205)

6. Jangan tinggalkan masjid kerana syurga ganjarannya bagi pemuda yang hatinya terpaut dengan masjid. Al Hadits.

7. Menjaga solat dhuha, kerana salah satu kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

8. Jaga sedekah setiap hari. ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. In shaa Allah, ALLAH SUBHANAHU WA TAALA membalas dengan berlipat ganda.

9. Menjaga wuduk, kerana ALLAH SUBHANAHU WA TAALA menyayangi hamba yang menjaga wuduk.

10. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.

Semoga Bermanfaat. Dan Berbagi manfaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan