Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Sabtu, 30 Disember 2017

S 50 : ORANG YANG IKHLAS TIDAK SUKA MENAMPAKKAN AMALNYA WALAUPUN DIBERI IMBALAN DUNIA DAN SEISINYA

Al-Imam Ashim al-Qari' rahimahullah berkata:

كان أبو وائل إذا صلى في بيته ينشج نشيجا، ولو جعلت له الدنيا على أن يفعله وأحد يراه، ما فعله.

"Abu Wail (Syaqiq bin Salamah) jika mengerjakan solat di rumahnya maka beliau menangis tersedu-sedu, dan seandainya beliau diberi imbalan dunia agar ketika mengerjakannya boleh dilihat oleh satu orang saja, nescaya beliau tidak akan melakukannya."

Siyar A’lamin Nubala', jilid 4 hlm. 165

Maksudnya amal ibadah yang tidak wajib untuk dinampakkan, seperti solat tahajud, membaca al Quran, sedekah, puasa nafilah dan semisalnya. Bukan seperti solat berjamaah di masjid bagi lelaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan