بِسْــــــــمِ اللَّــہ الرَّحْمَــــــانِ
الرَّحِيـــــــم
Shobahul Khair
Satu ciri utama dunia yang tidak akan pernah hilang ialah masalah. Siapapun
dia, yang masih hidup di bumi ini pasti akan menghadapi dan memiliki masalah.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sebagai
Pencipta Alam Semesta telah mempersiapkan cara terbaik dalam menghadapi setiap
masalah, yakni dengan "sabar dan solat."
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اسْتَعِينُواْ
بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar
dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang
sabar.”
(QS. Al-Baqarah [2]: 153)
Aid Al-Qarni dalam buku fenomenalnya Laa Tahzan menuturkan bahawa jika
Rasulullah SAW ditimpa sebuah ketakutan, maka beliau akan segera melakukan solat.
Suatu waktu beliau berkata kepada Bilal:
“Ketenanganku ada pada solat.”
Lebih lanjut Aid Al-Qarni menjelaskan, “Jika hati terasa menyesak,
masalah yang dihadapi terasa sangat rumit dan tipu muslihat sangat banyak, maka
bersegeralah datang ke tempat solat, dan solatlah.”
Solat adalah media terbaik buat seorang Muslim mengadukan segala
masalahnya kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kita banyak menemukan
riwayat yang menuturkan bahawa Nabi di kala solat sungguh sangat Tuma’ninah dan
boleh dikatakan cukup panjang, utamanya kala beliau solat sendiri di malam
hari. Bahkan Siti Aisyah pernah menuturkan, kaki Rasulullah SAW sampai bengkak
kerana lamanya solat beliau.
Semua itu tidak lain kerana beliau sedang mengadu, memohon, dan berharap
kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA agar segala urusan yang berkaitan dengan umat Islam diberikan jalan,
diberikan kemudahan, diberikan keberkahan, sehingga umat Islam boleh menjadi
umat terbaik yang mampu menjadi tauladan bagi seluruh umat manusia di muka bumi
ini.
Kala kita memohon kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA melalui
solat, tentu sangat tidak elok jika dilakukan dengan tergesa-gesa. Harus Tenang
dan Sabar dalam menjalankannya.
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ
عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى
“Dan perintahkanlah kepada keluargamu
Mendirikan solat dan Bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.”
(Thaha QS 20 -132)
Sebab di dalam solat ada masa di mana ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA sangat dekat kepada seorang hamba, yakni di saat sujud.
“Sedekat-dekat seorang hamba kepada Tuhannya
yaitu ketika ia Sujud, maka Perbanyaklah Berdoa di dalam Sujud.”
(HR. Muslim)
Dengan demikian mari kita jadikan solat sebagai media penting dalam
hidup kita untuk benar-benar dekat kepada ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA untuk menemukan solusi dari setiap masalah yang kita hadapi.
Sabar adalah kemampuan jiwa untuk sentiasa berlapang dada, berkemahuan
keras, serta memiliki ketabahan yang besar dalam menghadapi masalah kehidupan. Bahkan
tidak ada masalah yang tidak boleh di atasi dengan sabar. Seberapapun besar
permasalahan yang kita hadapi, tetaplah bersabar kerana kemenangan itu
sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran. Di dalam setiap kesulitan itu
ada kemudahan kerana janji ALLAH SUBHANAHU WA TAALA adalah kabar
gembira bagi orang-orang yang sabar.
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ
وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ
الصَّابِرِينَ
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan
kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan
buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”
(Al-Baqarah QS 2 - 155)
Maha Benar ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dengan
segala FirmanNYA.....
Dengan demikian, usah sedih, apalagi putus asa.
Biarlah masalah mewarnai hidup kita, apa pun dan sebesar apapun.
Semua itu pasti akan sirna seiring kita memohon solusi kepada ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA dengan sabar dan solat.
Jika ALLAH
SUBHANAHU WA TAALA sudah berjanji, mustahil ALLAH SUBHANAHU WA TAALA tidak
menepatinya, yakinlah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan