Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Ahad, 31 Disember 2017

S 78 : ANGGAPAN ORANG LAIN TERHADAP KITA TERLAMPAU TINGGI

Mereka rasakan kita orang yang baik.
Yang ada semua sifat terpuji. Yang patut dicontohi. Sampai takut nak bersemuka sebab malu dipuji dengan perkara yang memang kita tiada (bukan minta dipuji).

Tapi..........
Kita tahu siapa diri kita sebenarnya. Tiada apa-apa pun yang perlu dibanggakan. Kita tak perlukan semua itu. Hanya harapkan dosa-dosa diampunkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan digantikan dengan kebaikan.

Biarlah orang lain merasa senang berada bersama kita. Gembira berbicara dengan kita.
Boleh bersenda-gurau. Berkongsi masalah. Teman berbicara walau tak minat apa yang diborakkannya. Dengan harapan di sana nanti adalah sahabat yang menarik tangan kita untuk dibawa masuk ke syurga yang diidamkan(hanya diri yang tahu apa yang berlaku ketika di alam dunia dulu).

Kita kenal siapa kita.
“Yaa Allah!! Kurniakanlah kepada kami sahabat-sahabat yang baik. Jika kami terpesong, dia bimbing kami ke jalan yang benar.” 

Tegur salah silap kami.
Jika kami betul, dia berikan kami semangat untuk maju dan istiqamah untuk mencari redamu. Jadikan sangkaan baik mereka kepada kami itu suatu kenyataan. Hapuskanlah prasangka buruk mereka itu jika ianya ada pada kami dan ubahkanlah kepada perkara yang baik.

Aamiin Yaa Rabbal 'Alamin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan