Sesungguhnya kaum munafik dan
musyrik dari waktu ke waktu adalah sama, mereka menyembunyikan dan atau menolak
setiap perkara yang haq, lantas membenarkan perkara yang bathil atau mencampur
aduk keduanya demi menipu orang-orang yang bodoh lagi lalai. ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA berfirman yang bermaksud;
"Keadaan
kamu hai orang-orang munafik dan musyrikin, adalah seperti keadaan orang-orang
sebelum kamu. Mereka lebih kuat daripada kamu, lebih banyak harta dan
anak-anaknya dari kamu. Mereka telah menikmati bahagian mereka, sebagaimana
kamu telah menikmati bahagian kamu, begitu pula orang-orang yang sebelummu
menikmati bahagiannya, lalu kamu mempercakapkan (perihal bathil) sebagaimana
mereka mempercakapkannya. Maka mereka itu amalannya menjadi sia-sia di dunia
dan di akhirat; dan mereka itulah orang-orang yang merugi."
(Qs. at-Taubah {9}:69)
"Maka
mengapa kamu (terpecah) menjadi dua golongan dalam (menghadapi) orang-orang
munafik, padahal Allah telah membalikkan mereka pada kekafiran, disebabkan
usaha mereka sendiri. Apakah kamu bermaksud memberi petunjuk kepada orang-orang
yang telah disesatkan Allah? Barangsiapa yang disesatkan Allah, sekali-kali
kamu tidak mendapatkan jalan (untuk memberi petunjuk) kepadanya."
(Qs. an-Nisaa' {4}:88)
Oleh kerana itu wahai diri, fahamilah
ketetapan adi-Diin-mu dengan berpanduan mutlak kepada al Quran dan al-Hadits shahih,
agar engkau jangan sampai tersesat lantaran membela kaum munafik dan musyrikin,
tapi malah menjadi penentang kaum Mukmin yang istiqomah.
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA juga
berfirman yang bermaksud;
"Sesungguhnya
Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu
mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu. Oleh kerananya,
janganlah kamu jadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela)
orang-orang yang khianat. Selanjutnya mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(QS. an-Nisaa' {4|:105-106)
Wallahu tabaroka wa ta'ala a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan