Salah seorang raja
menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang tukang kayu yang tidak jelas
kesalahannya apa. Berita tentang keputusan itu bocor kepada si tukang kayu
sebelum pengumuman resmi keluar. Akibatnya ia tidak boleh memejamkan mata untuk
tidur di malam itu. Isterinya menasihati beliau:
“Tidurlah di malam ini seperti malam-malam sebelumnya. Allah itu hanya
satu, sementara pintu keluar dari suatu masalah sangat banyak.”
Kalimat yang menentramkan
itu tepat masuk ke dalam hatinya, hingga ia boleh menenangkan diri, dan ia pun
boleh tidur di malam itu. Dia baru terbangun di pagi hari ketika pintu rumahnya
diketuk oleh beberapa orang perajurit.
Wajahnya langsung menjadi
pucat. Dia melihat kepada isterinya dengan pandangan putus asa, menyesal, dan
sedih kerana telah mempercayai kata-katanya semalam. Dia membuka pintu dengan
kedua tangan yang menggigil. Dia ulurkan tangannya ke arah pengawal supaya
diikat.
Para pengawal yang datang
itu berkata kepadanya penuh kehairanan:
“Raja sudah wafat, kami meminta kamu untuk membuatkan sebuah peti mati untuk baginda.”
Waktu itu juga wajahnya
berubah menjadi ceria. Kemudian ia melemparkan pandangan tanda mohon maaf ke
arah isterinya. Isterinya tersenyum sambil berkata:
“Tidurlah di malam ini seperti malam-malam sebelumnya. Allah itu satu, sementara pintu keluar dari suatu masalah sangat banyak.”
Kerana itu kadangkala
seorang hamba sampai letih berfikir, sementara Allah yang memiliki semua
rencana dan aturan.
Siapa yang merasa hebat kerana
jabatan, hendaklah ia mengingat Firaun.
Siapa yang merasa hebat kerana
harta, hendaklah ia mengingat Qarun.
Siapa yang merasa hebat kerana
keturunan, hendaklah ia mengingat Abu Lahab.
Kehebatan, kekuasaan dan
kemuliaan hanya milik ALLAH SUBHANAHU WA TAALA
satu-satunya.
Dia berikan kepada siapa
yang Dia kehendaki, dan Dia cabut dari siapa yang Dia kehendaki juga. Jangan
hukum masa depanmu dengan kondisi hari ini, Allah Maha Kuasa merubahnya
dalam waktu sekejap. Tugas kita hanyalah punya niat, berusaha, terus
berdoa dan tawakal kepada ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.
Selamat melaksanakan ibadah
dalam bentuk apapun yang terbaik. Selama di bawah naungan al Quran dan sunnahnya.
Semoga kita boleh menjadi lebih baik dan bermanfaat.
Yaa ALLAH terimalah
daripada kami amalan-amalan kami. Aamiiin Allaahumma Aamiiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan