Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 3 Januari 2018

S 133 : HATI BERSIH MAKA HIDUP AKAN BAHAGIA

1. Jangan sibuk mencari kesalahan orang lain kerana salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.
2. Jangan hina orang lain, kalau sudah tahu rasa sakit dihinakan oleh orang lain.
3. Jangan buka aib orang, ALLAH SWT akan simpan aib kita sampai hari akhirat kelak.
4. Jangan perlekehkan orang lain, kerana ALLAH SWT sangat menghargai setiap usaha hambaNya.
5. Jangan mengata orang, Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.
6. Jangan sakitkan hati orang lain kerana doa orang yang teraniaya itu makbul.
7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya ALLAH yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.
8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada kerana ALLAH SWT boleh tarik bila-bila masa.
9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. ALLAH SWT bagi rezeki setiap orang itu berbeza.
10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. ALLAH SWT tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Renung-renungkan dan sama-sama kita muhasabah diri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan