Imam
al-Khathabi rahimahullah dalam Ma’âlim as-Sunan (2/136) menjelaskan: Ada dalam
atsar bahawa jumlah ayat al Quran menentukan ukuran tangga syurganya.
Disampaikan kepada para penghafal al Quran, ‘Naiklah ke tangga sesuai dengan
yang kamu baca dari al Qurân. Barangsiapa yang menyempurnakan bacaan seluruh al
Qurân maka ia mendapatkan tangga syurga tertinggi dan siapa yang membaca satu
juz darinya maka akan naik ke tangga sesuai ukuran
tersebut. Sehingga hujungnya pahala berada pada hujungnya bacaan.”
Pernyataan imam al-Khatthabi ini disampaikan syaikh al-Albani rahimahullah dan dikomentari Syaikh al-Albani rahimahullah dengan pernyataan:
“Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan Shâhibul Qurân (orang yang membaca al Quran) di sini adalah orang yang menghafalkannya dari hati sanubari. Sebagaimana hal ini ditafsirkan berdasarkan sabda Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang lain,
“Suatu kaum akan diimami oleh orang yang paling menghafal Kitabullah(al
Quran).”
Kedudukan yang bertingkat-tingkat di syurga nanti tergantung dari banyaknya hafalan seseorang di dunia dan bukan tergantung pada banyak bacaannya saat ini, sebagaimana hal ini banyak disalahfahami oleh banyak orang. Inilah keutamaan yang nampak bagi seorang yang menghafalkan al Quran, namun dengan syarat hal ini dilakukan untuk mengharap wajah ALLÂH AZZA WA JALLA semata dan bukan untuk mengharapkan dunia, dirham dan dinar. Ingatlah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:
ﺃَﻛْﺜَﺮَ ﻣُﻨَﺎﻓِﻘِﻲ ﺃُﻣَّﺘِﻲ ﻗُﺮَّﺍﺅُﻫَﺎ
“Kebanyakan orang munafik di tengah-tengah umatku adalah qurro’uha (yang
menghafalkan al Quran dengan niat yang buruk).”
[HR. Ahmad, sanadnya hasan sebagaimana dikatakan oleh Syaikh al-Albani
dalam 750]. [Lihat keterangan beliau dalam Silsilah Ahâdîts ash-Shahîhah pada
hadits no. 2440]
Wallâhu a’lam
Wallâhu a’lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan