Khusyuk dalam solat itu rezeki. Bila khusyuk
hati jadi tenang dan fokus. Selain memahami bacaan dalam solat, anda juga boleh
praktikkan 13 cara yang Dr Rizal Abu Bakar, Brain Expert. Sebelum itu ketahui
dahulu bagaimana khusyuk ini boleh mempengaruhi otak.
Bagaimana Khusyuk Pengaruhi Otak
Solat itu tuntutan. Suruhan daripada Allah SWT. Hadiah untuk insan. Solat bukan sekadar rutin. Bukan juga aktiviti berdiri, rukuk dan duduk. Ia aktiviti yang melibatkan otak.
Yang lebih menarik ada beza antara solat khusyuk dan tidak. Keduanya terpamer pada otak manusia. Apabila seorang insan bersolat tanpa khusyuk, otak bahagian prefrontal cortex (PFC) masih terus aktif. Semua aktiviti dunia berlari di minda seperti tayangan movie.
Tiada tenang. Tiada damai. Tiada perkataan baginda “Arihna Ya Bilal” (rehatkan kami Wahai Bilal) bertakhta di sanubari. Manusia kekal kalut. Kekal bergelut. Gambar imbasan otak sebelah kiri cerita segalanya. Warna kuning tanda otak masih aktif.
Apabila
hadir solat dengan hati. Merunduk menatap bumi, bahagian PFC senyap sunyi.
Bukti tuhan diingati dan dikasihi.
Menarik lagi, bahagian lain pula menjadi aktif. Basal Ganglia, pusat reward atau habuan menjadi aktif. Tanda lega dan tenang bersarang di hati.
Anterior Cingulate Gyrus juga tidak terkecuali. Kesedaran emosi dan sosial berpusat di sini. Kurangkan rasa marah dan anxiety.
Rasa ragu hilang. Rasa prestij tak lagi beraksi. Kajian ini dimuat dalam Journal of Physiology tahun 2015. Kajian ke atas orang yang solat. Solat sebagai rutin berbanding dengan memaknai makna ketuhanan.
Kajian ini berikan maksud berbeza. Antara khusyuk dan solat biasa. Solat dengan khusyuk beri kesan luarbiasa pada otak. Wujud tenang, damai, kuatkan rasa bertuhan.
Solat Dengan Khusyuk
Apabila kita solat dengan khusyuk, aktiviti otak bernama Parietal Lobe menjadi kurang aktif. Fokus hanya pada yang satu. Bukan lagi terkenang kunci yang hilang atau apa yang perlu dibuat selepas ini.
Apabila otak masih sibuk fikirkan hal dunia, tandanya Parietal Lobe masih aktif.
13 Cara Tenteramkan Parietal Lobe
Untuk tenteramkan bahagian ini perlu praktik. Setiap hari. Tanpa latihan ia tidak akan berhasil:
1. Cari tempat yang tiada gangguan. Boleh jadi bilik tidur atau mana-mana tempat yang sesuai. Jauh dari gangguan untuk 5 minit sebagai permulaan.
2. Duduk dalam keadaan selesa. Cara duduk terpulang. Asal selesa. Pejamkan mata atau buka bergantung pada tahap selesa.
3. Bernafas melalui hidung. Rasakan udara yang masuk. Sejuk @ panas. Hembus nafas melalui mulut. Rasakan udara yang keluar.
4. Teruskan bernafas. Fokuskan pada bahagian dada yang turun naik apabila bernafas. Teruskan bernafas. Rasakan pergerakan itu.
5. Teruskan bernafas. Alihkan fokus pada pergerakan di perut. Turun naik perut. Rasakan.
6. Mungkin fikiran akan melayang. Biarkan. Kembalikan fokus pada rasa udara keluar masuk, gerakan di dada dan di perut.
7. Setelah dua minit, boleh mulakan zikir. Ambil perkataan dua suku kata. Contohnya Allah. Ini akan aktifkan Frontal Lobe.
8. Praktik 5 minit dulu. Buat untuk 12 hari. Tujuan utama untuk belajar tenteramkan parietal lobe.
9. Apabila sudah dapat rentak ini, setiap kali sebelum solat, lakukan aktiviti ini. Bernafas dan berzikir.
10. Harus tepat waktu, Beri waktu lebih untuk ruang bertenang.
11. Setelah zikir dan sebelum mulakan solat bernafas dengan tenang. Berdiri dan bernafas dengan relaks.
12. Waktu solat nafas perlu dijaga. Ritma nafas perlu selari dengan bacaan. Contohnya, tarik nafas dan baca ayat. Berhenti dan tarik nafas untuk ayat berikutnya. Kaedah ini akan tenteramkan parietal lobe.
13. Fokus pada sebutan bacaan. Apabila fikiran melayang, tarik nafas, lepas. Sambung semula apabila dapat fokus kembali.
Selain itu berikut adalah 6 cara yang dapat mendorong khusyuk dalam solat:
1.
Menjaga Waktu
Islam mengajarkan kepada setiap umatnya untuk memanfaatkan waktunya selama di dunia dengan sebaik-baiknya iaitu dengan melakukan perbuatan baik, beramal soleh, menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia, serta tidak berbuat maksiat.
Setiap
muslim yang selalu menjaga waktunya ini pasti akan selalu mengingat Allah SWT
dalam setiap langkahnya.
2.
Niat Dengan Ikhlas
Solat
merupakan kewajipan bagi setiap muslim sehingga niatkan solat dengan ikhlas
tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain. Solat semata-mata
hanya untuk Allah SWT dan untuk mendekatkan diri kepada sang pencipta maka in syaa
Allah solat dapat lebih tenang.
3. Menjaga Kebersihan
Islam mengajarkan kepada setiap umatnya untuk selalu menjaga kebersihan kerana kebersihan merupakan sebahagian dari iman.
Sebelum
melaksanakan solat, setiap muslim diwajibkan untuk bersuci terlebih dahulu dari
hadas kecil dan besar iaitu dengan mandi dan berwuduk. Kebersihan badan dapat
membangkitkan rasa semangat dan ketenangan saat melaksanakan solat.
4. Tepat Waktu
Rasulullah SAW mengajarkan kepada setiap umatnya untuk selalu tepat waktu dan tidak menunda-nunda waktu solat.
Lebih
baik melaksanakan solat secara tepat waktu sesuai dengan jadualnya kerana
selain dapat membuat hati lebih tenteram juga dapat membiasakan diri untuk
hidup disiplin.
5. Tenang dan Tuma’ninah
5. Tenang dan Tuma’ninah
Dalam solat dianjurkan untuk selalu tenang dan tuma’ninah atau tidak terburu-buru. Solat secara tuma’ninah dapat menciptakan kekhusyukan dalam solat.
6. Rendah Hati dan Tawadhuk
Salah satu sifat Rasulullah SAW yang dapat menjadi cerminan bagi setiap muslim adalah rendah hati dan tawadhuk.
Rasulullah
SAW selalu rendah hati terhadap siapapun dan tidak merasa lebih tinggi darjatnya
dibandingkan dengan orang lain meskipun beliau merupakan Rasul yang memiliki
banyak keistimewaan dari Allah SWT.
Setiap muslim yang solatnya baik dan khusyuk maka akan tercermin dalam akhlaknya yang baik pula sehingga solat merupakan cerminan akhlak seorang muslim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan