Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 2 Januari 2018

S 105 : RENUNGAN SIANG – MISKIN KAYA

تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

Rasulullah shollallahu alaihi wasallam meninggal dunia dalam keadaan baju besi beliau tergadaikan pada seorang Yahudi dengan imbalan 30 sho’ gandum.
(H.R al-Bukhari).

Nabi kita adalah teladan dalam berbagai keadaan. Saat beliau berkecukupan, kehidupannya adalah teladan. Saat beliau kekurangan, beliau juga uswah. Saat senang atau sedih. Dalam seluruh sendi kehidupan.

Kekayaan bukanlah tercela, jika digunakan di jalan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Kemiskinan bukanlah hina, jika dijalani dengan kesabaran dan iffah. Sahabat Nabi ada juga yang kaya, namun lebih banyak lagi yang miskin. Mereka semua adalah teladan pula dalam kebaikan.

Para Ulama berbeza pendapat tentang manakah yang lebih utama antara orang kaya yang bersyukur atau orang miskin yang bersabar. Namun kesimpulan pendapat yang rajih – in syaa Allah - yang terbaik adalah orang yang berbuat secara benar sesuai keadaan dia saat itu. Jika ia ditakdirkan kaya, ia bersyukur. Jika ia ditakdirkan miskin, ia bersabar.

Mungkin saat ini kita kaya, bukan bererti sisa kehidupan kita akan terus demikian. Mungkin juga saat ini kita kekurangan, bukan bererti episod hidup tersebut akan berlanjut demikian tanpa henti.

Bersikaplah dalam bimbingan Sunnah Nabi. Jika miskin, jangan iri dengki pada yang kaya. Turut bersyukur saudara kita berkelimpahan. Kita senang sebagaimana saudara kita merasakan kesenangan itu. Jika kaya, jangan pelit berbagi dengan sesama. Jangan merasa lebih tinggi dan mulia di sisi ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dibandingkan yang miskin.

Yang kaya jangan merasa bangga dengan memiliki keutamaan melebihi yang lain pada hari kiamat. Kalaupun kita ditakdirkan meninggal dalam keadaan kaya, ingatlah, boleh jadi seandainya pun kita diberi rahmat ALLAH SUBHANAHU WA TAALA ke dalam SyurgaNya, proses menuju ke dalamnya tidaklah dalam waktu yang singkat. Orang-orang miskin yang beriman akan lebih dahulu masuk jauh sebelum kita. Kerana orang kaya masih sibuk mempertanggungjawabkan dari mana hartanya didapat, ke mana disalurkan.

يَدْخُلُ الْفُقَرَاءُ الْجَنَّةَ قَبْلَ الْأَغْنِيَاءِ بِخَمْسِ مِائَةِ عَامٍ نِصْفِ يَوْمٍ

Orang-orang fakir masuk ke Syurga sebelum orang-orang kaya sejauh 500 tahun, (iaitu) setengah hari.” (di akhirat, pent)
(H.R at-Tirmidzi)

قُمْتُ عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَكَانَ عَامَّةَ مَنْ دَخَلَهَا الْمَسَاكِينُ وَأَصْحَابُ الْجَدِّ مَحْبُوسُونَ

“Aku berdiri di dekat pintu Syurga, majoriti orang yang memasuki Syurga adalah orang-orang miskin, sedangkan orang-orang kaya tertahan (untuk hisab).”
(H.R al-Bukhari dan Muslim dari Usamah)

Semoga ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sentiasa memberikan pertolongan, taufiq, dan kemudahan pada segenap kebaikan dalam sisa kehidupan kita.
Barakallah Fiikum
Top of Form


Tiada ulasan:

Catat Ulasan