Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 1 Januari 2018

S 92 : BERTAKWALAH KALAU INGIN MENDAPATKAN SYURGA

عن أبي أُمَامَةَ صُدَيّ بنِ عجلانَ الباهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يَخْطُبُ في حجةِ الوداعِ، فَقَالَ: ((اتَّقُوا الله وَصلُّوا خَمْسَكُمْ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ، وَأَدُّوا زَكاةَ أَمْوَالِكُمْ، وَأَطِيعُوا أُمَرَاءكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ)). رواه الترمذي، في آخر كتابِ الصلاةِ، وَقالَ: (حديث حسن صحيح).

Daripada Abu Umamah Shuday bin 'Ajlan al-Bahili Rodhiallahu Anhuma katanya: "Saya mendengar Rasulullah SAW berkhutbah dalam haji wada' - haji terakhir bagi beliau Rasulullah SAW sebagai mohon diri, kemudian beliau Rasulullah SAW bersabda:

"Bertaqwalah kepada Allah, kerjakanlah solat lima waktumu, lakukanlah puasa dalam bulanmu - Ramadan, tunaikanlah zakat harta-hartamu dan taatilah pemimpin kalian, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga Tuhanmu."
(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dalam akhir kitab bab solat dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih)

Pelajaran yang terdapat dalam hadits:

1- Dimulai dengan perintah at-taqwa kerana merupakan asas secara umum di mana seorang akan boleh mengamalkan semua perintah dan menjauhi larangan, baru ada penekanan secara khusus iaitu pereintah solat lima waktu, puasa bulan ramadan, zakat dan taat pada pemimpin maka akan masuk syurga.

2- Melakukan amalan-amalan yang disebutkan dalam hadits merupakan bentuk takwa, iaitu solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, taat pada pemimpin.

3- Takwa adalah jalan menuju syurga dan syarat masuk syurga.

4- Istiqomah di dunia adalah sebab selamat di akhirat.

5- Wajib menaati pemimpin dalam perkara yang makruf (yang baik) selama bukan dalam perkara maksiat.

6- Jika mentaati pemimpin termasuk takwa, maka bererti amalan ini adalah jalan menuju syurga kerana takwa adalah syarat masuk syurga.

Tema hadist yang berkaitan dengan Al Quran:

1- Perintah takwa

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadaNya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”
[Surat Ali 'Imran 102]

2- Takwa merupakan tujuan tertinggi yang akan dicapai seorang insan dalam menjalankan ibadahnya kepada Allah Azza Wa Jaala

يَاأَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

“Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa.”
(QS. Al-Baqarah : 21)

3- Syurga disediakan hanya untuk orang-orang yang bertakwa.

وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

“(iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”

[Surah Ali 'Imran 133]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan