Daripada Sayyidina Muslim
bin Haris Ra, bahawasanya Baginda Rasulullah SAW telah menyampaikan kepadanya
(Haris). Kemudian Baginda Rasulullaah SAW bersabda:
“Apabila engkau telah selesai mengerjakan Solat Maghrib, maka ucapkanlah doa "Allaahumma ajirni minan Nar" sebanyak 7 kali, kerana sesungguhnya apabila engkau telah membaca Doa tersebut, kemudian engkau meninggal dunia pada malam harinya, maka akan dituliskan bagimu kebebasan dari api Neraka."
"Dan apabila engkau
telah selesai mengerjakan Solat Subuh, maka ucapkanlah Doa seperti itu juga, kerana
sesungguhnya apabila engkau telah membaca Doa tersebut, kemudian engkau mati
pada siang harinya, maka akan dituliskan bagimu kebebasan dari Api Neraka."
(HR. Abu Daud)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan