Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 3 Januari 2018

S 114 : JANGAN BANGGA DENGAN IBADAH

Jangan berbangga dengan solat, puasa dan zikir yang banyak kerana semua itu belum tentu membuatkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA reda.

Justeru itu, apa yang membuatkan ALLAH SUBHANAHU WA TAALA reda?

Nabi Musa AS, "Wahai Allah, aku telah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuatkan Engkau reda?"

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

"Solat? Solatmu itu untuk dirimu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan munkar."

"Zikir? Zikirmu itu hanya untuk dirimu sendiri, membuatkan hatimu menjadi tenang."

"Puasa? Puasamu itu untuk dirimu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri."

Nabi Musa AS berkata,

"Lalu ibadahku yang manakah yang membuatkan Engkau reda yaa Allah?"

ALLAH SUBHANAHU WA TAALA berfirman,

"Sedekah, infak, zakat dan perbuatan baikmu. Itulah yang membuatkan Aku reda, kerana ketika engkau membahagiakan orang yang sedang susah, Aku hadir di sampingnya. Dan Aku akan menggantikannya dengan ganjaran 700 kali ganda."
(Surah Al-Baqarah ayat 261 hingga 262)

Apabila kamu sibuk dengan ibadah yang lazim dan berbangga dengannya, maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukannya ALLAH SUBHANAHU WA TAALA.


Tetapi, apabila kamu berbuat baik dan berkorban untuk orang lain, maka itu tandanya kau mencintai ALLAH SUBHANAHU WA TAALA dan tentu ALLAH SUBHANAHU WA TAALA reda kerananya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan