ALLAH AZZA WA JALLA berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا . وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
“Hai orang-orang yang
beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang
sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.”
Di antara keutamaan zikir
secara umum adalah sebagaimana dalam nash-nash berikut ini:
إِنَّ الْمُسْلِمِينَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ
وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ وَالصَّابِرِينَ وَالصَّابِرَاتِ
وَالْخَاشِعِينَ وَالْخَاشِعَاتِ وَالْمُتَصَدِّقِينَ وَالْمُتَصَدِّقَاتِ
وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ
وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُم
مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا
“Sesungguhnya lelaki dan
perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap
dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang
sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk (dalam solat), lelaki dan perempuan
yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang
menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah,
Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”
(QS. al-Ahzab: 35)
Rasulullah صلي الله عليه
وسلم bersabda:
“Mahukah kamu aku tunjukkan
perbuatanmu yang terbaik, paling suci di sisi Rajamu (Allah), dan paling
mengangkat darjatmu; lebih baik bagimu dari infak emas atau perak, dan lebih
baik bagimu daripada bertemu dengan musuhmu, lantas kamu memenggal lehernya
atau mereka memenggal lehermu?” Para Sahabat yang hadir berkata: “Mahu (wahai
Rasulullah)!” Beliau bersabda: “Zikir kepada Allah Yang Maha Tinggi.”
(HR. At-Tirmidzi no. 3377,
Ibnu Majah no. 3790. Lihat pula Shahih at-Tirmidzi III/139 dan Shahiih Ibni
Majah 11/316)
مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ
رَبَّهُ وَالَّذِي لَا يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ
“Perumpamaan orang yang
ingat akan Rabbnya dengan orang yang tidak ingat Rabbnya laksana orang yang
hidup dengan orang yang mati.”
(HR. Al-Bukhari dalam
Fat-bul Baari XI/208 no. 6407)
Orang yang banyak berzikir
kepada Allah hatinya akan menjadi tenang.
أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ
تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
“…Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah-lah hati menjadi tenang.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan