Kisah Awan Yang Bercakap, Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah ra daripada Nabi SAW bersabda :
"Suatu ketika ada satu
orang berada di suatu padang pasir, dia mendengar suara daripada awan :
"Siramilah kebun si fulan," lalu awan itu menjauh dan mencurahkan
air. Ternyata di kebun itu ada seseorang yang sedang mengurus air dengan
sekopnya.
Lelaki itu bertanya
kepadanya: "Wahai hamba Allah, siapa namamu?" Dia menjawab :
"Fulan." Sama seperti nama yang dia dengar daripada awan tadi. Dia
bertanya kembali: "Wahai hamba Allah, kenapa kau tanya namaku?"
Dia menjawab: "Aku
mendengar suara daripada awan di mana inilah airnya. Awan itu berkata:
"Siramilah kebun si fulan (disebutkannya) namamu. Apakah yang kau lakukan
dalam kebunmu?"
Dia menjawab: "Kerana
kau berkata seperti itu(lalu diberitahu kepadanya) aku mengambil hasil yang
keluar dari kebun ini, lalu aku sedekahkan satu pertiga daripadanya, aku makan
satu pertiga daripadanya bersama keluargaku dan aku kembalikan satu pertiganya
ke kebun."
Dalam riwayat lain
disebutkan: "Dan aku berikan satu pertiganya untuk orang-orang miskin, orang
yang meminta dan Ibnu sabil (musafir).
[Hadis Riwayat Muslim no
2984]
ALLAH SUBHANAHU WA TAALA sentiasa
suka dengan kebaikan yang kita lakukan terutama kepada insan yang memerlukan.
Janganlah terlalu berkira untuk memberi sebahagian yang kita miliki. Bukankah
apa yang kita ada semuanya daripada pemberian Allah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan