Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Rabu, 25 Julai 2012

C 61 LAPAN Anugerah Allah SWT Pada Pembayar Zakat Harta

Sabda Rasul Junjungan, Sesiapa menunaikan zakat hartanya dengan sempurna lagi baik nafsunya, Allah menamakannya dengan :

1.   Gelaran ”Karim” bermaksud orang yang mulia apabila rohnya tiba di langit dunia.

2.   Gelaran ”Jawwad” bermaksud  pemurah apabila rohnya tiba di langit kedua.

3.   Gelaran ”Mutie” bermaksud orang yang taat apabila rohnya tiba di langit ketiga.

4.   Gelaran ”Syukri” bermaksud orang yang bersyukur apabila rohnya tiba di langit keempat.

5.   Gelaran ”Maqbul” bermaksud orang yang diterima,  diterima permintaannya apabila rohnya tiba di langit kelima.

6.   Gelaran ”Mahfuz” bermaksud orang yang dipelihara oleh Allah swt apabila rohnya tiba di langit keenam.


7.   Gelaran ”Maghfur‘ bermaksud orang yang telah diampuni oleh Allah apabila rohnya tiba di langit ketujuh.

8.   Gelaran ”Habibullah” yang bermaksud orang yang dicintai Allah, apabila rohnya tiba di Arasy Allah SWT.

Rasulullah juga telah bersabda:       

Tidak diterima oleh Allah akan iman seseorang kecuali dengan membayar zakat, tidak memiliki iman seseorang yang tidak menunaikan zakatnya.

Jauhar Mauhub. m/s: 160.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan