1.
Allah SWT meringankan
rasa sakit ketika rohnya keluar dari badan di saat kematian.
2.
Mereka mendapat
keteguhan makrifat dan keimanan.
3.
Mereka mendapat
kegembiraan, keredhaan, kesenangan hidup di Akhirat.
4.
Berkekalan mereka
bersama Allah swt di Akhirat.
5.
Mendapat anugerah luar
biasa dari Allah swt iaitu roh mereka dikunjungi oleh para Malaikat dari tujuh
petala langit dan bumi serta para Malaikat memberi penghormatan
kepadanya.
6.
Mereka terlindung dari
fitnah dan mendapat pertolongan allah dalam menjawab soalan Munakar dan Nangkir
didalam kubur.
7.
Kubur mereka
diluaskan, disinari cahaya dan mereka aman damai dalam kubur.
8.
Mereka dihimpun dalam
golongan terhormat, mereka diberi mahkota, pakaian yang indah dan kenderaan
yang istimewa.
9.
Roh mereka akan
bersiar-siar dalam syurga dengan berkenderaan burung hijau dengan
hati yang gembira.
10.
Wajah mereka terpancar
cahaya kerana dapat menyaksi Wajah Allah Yang Maha Tinggi.
11.
Mereka terpelihara
dari huru-hara di Akhirat.
12.
Mereka mendapat surat
amalan dengan tangan kanan.
13.
Mereka mendapat hisab
yang ringan daripada Allah swt bahkan sebahagian daripada mereka masuk Syurga
tanpa hisab.
14.
Timbangan amalan
kebaikan mereka menjadi berat sebahagian mereka, amalan mereka tidak ditimbang
langsung lalu dapat memasuki Syurga Allah SWT.
15.
Mereka dapat minum air
kolam Rasulullah SAW dan tidak akan merasai dahaga selama-lamanya.
16.
Mereka dapat meniti
Sirat Mustaqim dengan selamat.
17.
Mereka dapat memberi
Shufaat kepada orang lain.
18.
Mereka mendapat nikmat
Syurga yang abadi.
19.
Mereka mendapat
Keredhaan Allah SWT Yang Maha Besar.
20.
Mereka dapat melihat
wajah Allah SWT.
Mengenal Diri dan Wali
Allah. m/s:172.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan