Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Selasa, 24 Julai 2012

C 51 DUA PULUH LIMA Anugerah Allah SWT Pada Mereka Yang Menunaikan Solat

Rasulullah SAW bersabda solat adalah:

1.    Solat itu adalah keredaan Allah SWT.

2.    Dikasihi oleh para Malaikat.

3.    Jalan para ambiya’

4.    Nur Makrifat.

5.    Asal Iman.

6.    Diperkenankan doa.

7.    Dikabulkan segala amalnya.

8.    Berkat pada rezekinya.

9.    Kesenangan pada badannya.

10. Senjata atas musuhnya.

11. Kebencian bagi syaitan.

12. Shafaat pada teman dan Malikul Maut.

13. Pelita dalam Kubur.

14. Hamparan pada tempat duduknya.

15. Penjawab kepada Mungkar dan Nangkir.

16. Menjinakkan pada taulan dan Penziarah kepada kubur kita sehingga hari kiamat.

Solat pada hari kiamat adalah:

1.    Memayung di atas kepalanya.

2.    Mahkota di atas kepalanya.

3.    Pakaian yang menutupi tubuhnya.

4.    Cahaya yang bersinar pada tangannya.

5.    Perisai daripada api neraka.

6.    Hujjah kepada orang Mukmin di hadapan Allah Azzawajala.

7.    Memberat timbangannya.

8.    Menemaninya di atas Sirat Mustaqim.

9.    Anak kunci kepada Syurga kerana pada solat terdapat tasbih, tahmid, taqdis, ta’zim, qiraat dan doa.



Jauhar Mauhub.m/s: 147.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan