Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

V 167 : ASMAUL HUSNA ( 74. AL ZOHIR )

AL ZOHIR   ( الظاهر )   ALLAH Yaa Zohir Yang Maha Nyata menegaskan kepada kita DIA nyata, dapat dilihat dan sesungguhnya hadir. Kehadira...

Isnin, 26 Mei 2014

R 16 : SIAPAKAH ITU DAJJAL?

السلام عليكم
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Ingatkah kita semua pada pesanan terakhir Nabi Muhammad s.a.w kepada kita semua umat manusia? Pada bahagian sebelum terakhir, yang berbunyi:

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.”

Memandangkan kita semua ini adalah umat akhir zaman, suka aku letakkan ayat ini:

“Dan hampirlah datangnya janji (hari kiamat) yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur (orang-orang yang engkar) terbeliak, sambil berkata dengan cemas, “Aduhai, celakanya kami! Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini. Bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” 
(Surah 21,  AL ANBIA’ : ayat 96-97)

Telah berjanji Allah s.w.t kepada kita semua yang kiamat itu pasti. Tidaklah datangnya kiamat itu melainkan dengan tiba-tiba. Perkataan TIBA-TIBA boleh dihuraikan sebagai dalam keadaan yang kita sangka-sangka. Keadaan yang mana seluruh umat manusia tidak dalam keadaan berjaga-jaga untuk menerima musibah yang menimpa. Keadaan itu boleh terjadi sama ada kita semua sedang tidur, bermain dengan anak-anak dan seribu macam keadaan lain yang tidak boleh dibayangkan. Dan bukti TIBA-TIBA boleh dilihat kepada musibah yang menimpa kaum yang berpaling daripada Allah s.w.t dan RasulNya.
Terfikirkah anda mengenai apakah PERKARA INI yang dimaksudkan Allah s.w.t di dalam ayat 97 surah tersebut?
Maka, saya, dengan ini, dengan rasa rendah dirinya menyampaikan pesanan INI dan PERKARA ini kepada umat Islam seluruhnya yang memahami akan kata-kata saya ini di dalam Bahasa Melayu dan berharap agar anda selaku orang Islam yang beriman kepada Allah dan RasulNya, turut menyampaikan pesanan ini kepada rakan-rakan anda yang lain yang beragama Islam atau mereka yang ingin mengetahuinya.
Apakah pesanan yang HARUS disampaikan?
Sekiranya difikirkan dengan logik akal, pesanan baginda amatlah banyak kepada umat Islam seluruhnya. Itu adalah kerana baginda amat-amat menyayangi umat baginda. Namun, aku tidak akan menyentuh segala aspek yang telah diperingatkan kepada kita melainkan dengan persoalan DAJJAL yang aku cuba kupaskan untuk mereka yang ingin mengambil tahu.
Soalan yang pertama sekali adalah DAJJAL. Terus terang aku katakan, daripada aku kecil, sehinggalah aku dewasa, aku membayangkan DAJJAL itu adalah RAKSASA yang bermata satu, yang mempunyai tulisan KAF-FA-RA pada dahinya dan antara lain, yang paling menarik perhatian aku adalah ia berada di atas muka bumi ini dengan badannya yang teramat besar dan akan mendatangi setiap seorang demi seorang Muslim di atas bumi ini untuk menyesatkan mereka dengan memberi ganjaran syurga dan neraka pada kedua tapak tangan yang berbeza.
Semoga penulisan ini dapat menyangkal pemikiran kolot aku (dan mungkin anda yang memikirkan Dajjal sebegitu rupa) yang bersarang sekian lama dalam otak aku.
Berbalik kepada pesanan baginda, setiap pesanan yang baginda sampaikan adalah dinamakan hadis. Hadis pula terbahagi kepada beberapa yang dianggap oleh ulamak sebagai sahih, iaitu ternyata kebenaran yang disampaikan. Hadis-hadis yang menyebutkan akan DAJJAL agak banyak. Namun, aku hanya ingin petik dua sahaja yang sememangnya boleh merungkai jawapan yang kepada persoalan SIAPAKAH DAJJAL?
Kata Dajjal tak tertera dalam al Quran, tetapi dalam hadis sahih diterangkan, bahawa sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi melindungi orang dari fitnahnya Dajjal, jadi menurut Hadis ini, al Quran memberi isyarat siapakah Dajjal itu. Mengenai hal ini diterangkan dalam Kitab Hadis yang amat sahih sebagai berikut:

“Sekiranya kamu MENGHAFAL sepuluh ayat pertama surah Al Kahfi, kamu akanTERSELAMAT daripada fitnah DAJJAL
“Sekiranya kamu MEMBACA sepuluh ayat terakhir surah Al Kahfi, kamu akan TERJAGA daripada fitnah DAJJAL

Mengapa aku highlight keempat-empat kata kerja tersebut? Kerana setiap perkataan apabila dibaca dengan sekali lalu, tidak akan dapat memberi nilai yang kuat kepada perkataan tersebut. Melainkan dengan penegasan untuk kali kedua. Sila ambil perhatian kepada perkataan MEMBACA dan TERJAGA. Membaca pada aku, tidak akan dapat memberi makna kepada kita semua melainkan hanya dengan membaca itu, kita semua sudah tahu apakah yang ingin dibicarakan melalui medium penulisan yang boleh dikodkan otak dan pemikiran sebagai maklumat. Perkataan terjaga boleh membawa makna yang pelbagai bergantung kepada aspek yang tertentu. Tetapi aspek yang aku ingin bawakan di sini adalah aspek TEKA-TEKI yang akan membawa kepada satu JAWAPAN dan yang akhirnya akan membuat anda TERJAGA dengan mengenali siapakah itu Al-Masih Dajjal.
Berbalik kepada persoalan SIAPAKAH DAJJAL?
Dalam menyebut sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir, itu yang dituju ialah seluruh surah Al Kahfi yang melukiskan ancaman Nasrani yang beraspek dua, yang satu bersifat keagamaan, dan yang lain bersifat keduniaan. Silalah baca keseluruhan surah al Kahfi untuk memahami apa yang disampaikan Allah kepada kita.
Bacalah sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surah Al Kahfi, anda akan melihat seterang-terangnya bahawa yang dibicarakan dalam dua tempat itu adalah UMAT NASRANI.
Mula-mula dihuraikan aspek keagamaan, yang dalam waktu itu Nabi Muhammad saw dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan umum kepada sekalian manusia (ayat 2), lalu dikatakan sebagai orang yang memberi peringatan khusus kepada umat Nasrani (ayat 4), iaitu umat yang berkata bahawa Allah mempunyai anak. Demikianlah bunyinya:

“Segala puji kepunyaan Allah Yang menurunkan Kitab kepada hamba-Nya …, … agar ia memberi peringatan tentang siksaan yang dahsyat dari Dia dan ia memperingatkan orang-orang yang berkata bahawa Allah mempunyai anak.”
(Surah 18,  AL KAHFI : ayat 1-4)

Firman Allah swt yang bermaksud :

1. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya al Kitab (al Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan[871] di dalamnya;
[871]. tidak ada dalam al Quran itu makna-makna yang berlawananan dan tak ada penyimpangan dari kebenaran.

2. sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,

3. mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.

4. Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak."

5. Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.

6. Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (al Quran).

7. Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.

8. Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus.

KISAH ASHAABUL KAHFI

9. Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim[872] itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan?
[872]. Raqim: sebahagian ahli tafsir mengertikan nama anjing dan sebahagian yang lain mengertikan batu bersurat.

10. (Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."
(Surah 18,  AL KAHFI : ayat 1-10)

Amat jelas sekali bahawa ayat tersebut ditujukan khas kepada umat yang mengatakan Allah mempunyai anak lelaki. Agama apakah yang dengan tanpa rasa bersalah di dalam diri mereka dengan mengatakan Nabi Isa a.s itu anak Allah? Dalam sepuluh ayat terakhir surah Al Kahfi diuraikan seterang-terangnya, bahawa umat Nasrani mencapai hasil gemilang di lapangan duniawi. Demikianlah bunyinya :

“Apakah orang-orang kafir mengira bahawa mereka dapat mengambil hambaKu sebagai pelindung selain Aku? Katakan Apakah Kami beritahukan kepada kamu orang-orang yang paling rugi perbuatannya? (Iaitu) orang yang tersesat jalannya dalam kehidupan dunia, dan mereka mengira bahawa mereka adalah orang yang mempunyai keahlian dalam membuat barang-barang.”
(Surah 18,  AL KAHFI : ayat 102-104)

Firman Allah swt yang bermaksud :

100. dan Kami nampakkan Jahanam pada hari itu[895] kepada orang-orang kafir dengan jelas,
[895]. Pada hari makhluk di padang Mahsyar dikumpulkan.

101. iaitu orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup dari memperhatikan tanda-tanda kebesaranKu, dan adalah mereka tidak sanggup mendengar.

AZAB BAGI ORANG-ORANG MUSYRIK DAN PAHALA BAGI ORANG-ORANG MUKMIN
Celakalah orang-orang musyrik

102. maka apakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka (dapat) mengambil hamba-hambaKu menjadi penolong selain Aku? Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka Jahanam tempat tinggal bagi orang-orang kafir.

Amat merugilah orang-orang yang terpedaya oleh dirinya sendiri

103. Katakanlah: "Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?"

104. Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.

105. Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia[896], maka hapuslah amalan-amalan mereka, dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.
[896]. Maksudnya: tidak beriman kepada pembangkitan di hari kiamat, hisab dan pembalasan.

106. Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahanam, disebabkan kekafiran mereka dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayatKu dan rasul-rasulKu sebagai olok-olok.

Syurga Firdaus bagi orang-orang yang beramal soleh

107. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal,

108. mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya.

LUASNYA ILMU ALLAH TIDAK TERHINGGA

109. Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."

110. Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa." Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya."
(Surah 18,  AL KAHFI : ayat 100-110)

Perkataan ar-raqim dalam ayat tersebut membawa maksud yang agak mendalam dan ditafsirkan dalam pelbagai bahasa. Jika ditafsirkan ke dalam bahasa Inggeris, perkataan itu bererti inscription. Dalam bahasa Melayu dan Indonesia, tidak dapat dijelaskan dengan terperinci melainkan mengungkapkan kembali perkataan ar-raqim sebagai sendirinya. Maka, perkataan ar-raqim itu sebaiknya diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab itu sendiri. Dilihat perkataan asal ar-raqim adalah ar-raqum. Dan ar-raqum itu iaitu membawa maksud tanda barang-barang. Apakah itu tanda barang-barang? Untuk penerangan ringkas, perhatikan sahaja tanda yang kita jumpai pada barang-barang belian kita. Apakah itu? Ya. Itulah tanda harga barang-barang.  Tak percaya? Hairan? Tidak mengapa. Allah mengatakan sendiri di dalam ayat tersebut yang berbunyi:
“Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan?” 
(Surah 18, Al Kahfi : ayat 9)

Itulah antara tanda kekuasaanNya dan secara jujur aku katakan, kali pertama aku mengetahuinya aku hairan. Rupanya inilah yang cuba disampaikan oleh baginda Rasul kepada umatnya mengenai Dajjal. Maka benarlah kata-kata Allah s.w.t dan Rasulnya.
Ini adalah gambaran tentang bangsa Nasrani yang diramalkan dengan kata-kata yang jelas di dalam al Quran. Membuat barang adalah kepakaran dan kebanggaan umat Nasrani, dan cirri khas inilah yang dituju oleh ayat tersebut. Mereka berlumba-lumba membuat barang-barang, dan mereka begitu sibuk dalam urusan ini sehingga penglihatan mereka akan nilai-nilai kehidupan yang tinggi seperti gaji yang tinggi, kereta yang besar, rumah sebesar istana dan hiburan sepanjang masa. Dan yang paling utama adalah memalingkan muka manusia daripada menjalankan perintah Allah s.w.t dan Rasulnya. Jadi, siapakah bangsa Nasrani sebenarnya?

Membuat barang-barang, sekali lagi, membuat barang-barang adalah satu-satunya tujuan hidup mereka di dunia. Menjadi kaya raya yang amat sangat adalah sasaran utama hidup. Jadi, sepuluh ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir surah Al Kahfi menerangkan dengan jelas bahayanya ajaran Kristian tentang Putera Allah, dan tentang kegiatan bangsa-bangsa Kristian di lapangan materialistik, yang mementingkan duniawi dengan menjanjikan kita semua kemewahan dunia dalam simbol wang. Dengan wang, anda berkuasa melakukan apa jua yang anda perlukan di dalam dunia ini. Tetapi dengan bersyarat. Syaratnya ialah anda perlu masuk ke dalam sistem yang telah disediakan iaitu sistem persekolahan harian yang telah ditanamkan kepada kita semua semenjak kecil sehingga mendapatkan segulung ijazah atau sijil atau apa-apa lain yang mengiktiraf diri anda sebagai graduan yang mencari kerja untuk hidup.  Tanpa menjalankan sistem yang telah ditetapkan, anda memang tidak akan dapat hidup di atas bumi ini. Tidak percaya?  Cubalah buat. Tanpa pendidikan yang tinggi, tanpa gaji yang tinggi, tidak mungkin anda akan dapat hidup di kotaraya Kuala Lumpur, misalannya.
Itulah DAJJAL. Mereka adalah orang-orang dari bangsa Barat. Di peta dunia ini, apabila dilihat ke arah Barat, sememangnya negara Amerika Syarikat adalah negara yang dimaksudkan. Merekalah yang bermata satu yang menilai segalanya daripada aspek yang menguntungkan diri mereka sahaja. Bagaikan pandang sebelah mata adalah ungkapan yang paling tepat diberikan kepada mereka mengenai isu Palestin yang tidak pernah akan tamat jika kekuasaan dunia masih di bawah tapuk pimpinan mereka dengan seolah-olah menghalalkan pertumpahan darah yang berlaku di negara Palestin.
Ungkapan syurga dan neraka pada kedua belah tapak tangannya membawa maksud. Sekiranya anda memilih untuk kekal di dalam sistem yang telah disediakan mereka, anda dikurniakan dengan kemewahan dan kesenangan di dalam dunia ini. Dan sekiranya tidak, pasti kehidupan anda di dunia ini bagaikan neraka dan tidak akan dapat mengecapi segala kemewahan duniawi yang boleh dimiliki sekalian insan yang bernama manusia. Lihat sahaja negara-negara yang tidak menurut sistem mereka. Negara akan jatuh miskin, kebuluran akan melanda dan taraf kehidupan tidak akan meningkat. Sebaliknya berlaku kepada negara yang mengikut serta mengamalkan sistem mereka dengan sebaik-baik sistem. Negara akan menjadi lebih produktif, taraf kehidupan orang awam secara umumnya akan meningkat dan indikator paling utama adalah majunya negara tersebut  adalah ekonomi. Negara yang paling mudah aku beri contoh adalah Malaysia sendiri.

Ungkapan akan dijejakkan kakinya ke seluruh dunia ini adalah bagaimana sistem mereka akan berjaya dijalankan di atas muka bumi ini. Lihat sahaja di mana-mana. Pasti akan kelihatan bangunan-bangunan tinggi yang mencakar langit. Tidak kira jika dipandang ke arah barat atau timur, utara atau selatan, Dajjal laknatullah pasti akan meninggalkan kesan-kesannya di mana-mana jua yang dijejakinya. Lihat sahaja sistem kewangan yang mereka gunakan. Wang kertas berleluasa di serata dunia.

Tidak percaya? Ujian Dajjal adalah seberat-berat ujian. Baginda tidak mungkin akan menyebut sebegitu rupa melainkan ianya memang berat untuk dihadapi  dan memahami realiti akan ujian tersebut. Maka aku tidak akan hairan sekiranya penulisan aku ini tidak dapat diterima oleh anda. Dajjal sememangnya telah menjalankan tanggungjawabnya dengan amat baik sehingga berjaya menutupi mata manusia untuk hanya bagi memperoleh nikmat duniawi dan ingkar akan perintah Allah dan Rasulnya.

Segala pemikiran kolot aku yang dahulu yang menggambarkan Dajjal itu sebagai RAKSASA telah dapat disangkal sama sekali. Nak tunggu RAKSASA keluar? Sampai bila-bila tunggu pun, takkan keluarnya Dajjal dari bawah tanah. Percayalah. Dajjal sudah lama keluar dan hanya menanti waktu untuk mengaku dirinya sebagai Dajjal. Ingatlah pesanan baginda mengenai tempoh berapa lama Dajjal hidup di atas muka bumi ini. Dajjal itu akan hidup selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan hari-hari yang berikutnya adalah seperti hari-hari kamu. Dipercayai Dajjal kini sedang mengalami transisi perubahan kuasa daripada satu hari seperti sebulan kepada satu hari seperti seminggu. Tak percaya? Terpulang kepada yang menilai. Segala yang buruk adalah daripada diri aku sendiri dan segala yang baik itu datangnya daripada Allah.

Wallahu ‘alam.

Persoalan yang timbul – Apakah yang harus dilakukan sekarang oleh seluruh umat Islam yang mengetahui akan perkara sebenar ini? Yang pertama adalah dengan memberi penerangan akan perkara ini kepada saudara Islam kita yang lain dalam apa jua medium perhubungan yang ada supaya mereka ‘terjaga’ dari terus lena diulit mimpi. Kedua adalah dengan KELUAR dari sistem Dajjal. Iaitu dengan tidak menjalankan apa-apa tugas yang berada di atas bumi Malaysia ini yang melibatkan sistem mata wang kertas. Kenapa perlu keluar? Sebab sistem mata wang kertas adalah perkara yang menghalalkan riba.’ Riba telah diamalkan oleh kaum-kaum yang terdahulu yang antaranya merangkumi umat Nasrani. Siapakah umat Nasrani? Umat Nasrani adalah orang-orang Eropah Barat. Dan siapakah orang-orang Eropah Barat? Dia adalah Dajjal. 
Jika dilihat kepada konteks kitaran wang kertas yang kita peroleh SETIAP bulan, ke manakah akhirnya tersebut? Aku cuba huraikan sebegini.

Bangun tidur – Pergi Kerja – Balik Kerja; semuanya untuk satu bulan ditolak dengan 8 hari bercuti kepada yang bekerja dengan kerajaan. Kenapa perlu kerja? Untuk cari duit. Untuk bayar duit kereta. Untuk bayar duit rumah. Untuk beli kereta dan rumah, di mana-mana sahaja di dalam Malaysia ini (aku tak tahu pula bagaimana dengan negara lain) anda sememangnya perlu berurusan dengan bank yang menyediakan kertas-kertas untuk kita tandatangani sebagai perjanjian antara dua belah pihak yang bersetuju menjalankan transaksi riba. Bila perlu dibayar? Pada setiap hujung bulan gaji atau seperti tarikh di dalam surat perjanjian. Bermakna, kita perlu membayar kepada bank pada setiap hujung bulan. Bermakna, duit tersebut AKHIRNYA dibayar kepada bank. Bank yang sama dengan riba.

Allah dan RasulNya mengisytiharkan berperang ke atas sesiapa yang mengambil riba. Si pemberi riba, si pengambil riba, saksi riba serta si pembuat transaksi riba disabitkan di atas satu kesalahan yang sama. Iaitu riba. Sistem bank menjalankan semua ini dalam satu sistem yang amat sempurna. Si pemberi riba adalah bank. Pengambil riba adalah kita semua yang mengambil riba sama ada dari segi wang kertas mahupun dalam bentuk kad kredit. Bank adalah sama dengan riba. Cuba anda tukarkan nama Bank Islam kepada Riba Islam. Terlalu jelas dan nyata ribanya bukan? 
Bagaimana akan kita menang apabila kita sendiri adalah musuh Allah SWT dan Rasulullah SAW di medan perang apabila mengamalkan riba dalam kehidupan harian.
Kini siapakah yang masih tidak malu mengaku dirinya beriman, walaupun hakikatnya sedang berperang melawan Allah dan Rasulullah saw? al-Baqarah : 279

Firman Allah swt yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.

(Surah 2,  AL BAQARAH : ayat 278)

Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.

(Surah 2,  AL BAQARAH : ayat 279)

Sungguh aku katakan, aku malu mengaku sebagai umat Islam apabila masih lagi berperang dengan Allah dan RasulNya.
Persoalan lain – Bagaimana untuk hidup dengan keluar dari sistem Dajjal? Ini sememangnya satu persoalan yang amat merunsingkan kepala. Lihat sahaja di mana-mana di seluruh dunia. Tiada bandar yang besar yang tidak menggunakan wang kertas.  Kuala Lumpur contohnya. Seluruh kawasan atau tanah yang menduduki tanah Kuala Lumpur yang menjalankan perniagaan dipenuhi dengan sistem wang kertas ini. Bukan sahaja Kuala Lumpur, bahkan Malaysia KESELURUHANNYA.
Jika dilihat jawapan kepada persoalan-persoalan di atas, maka dengan jelasnya aku perlu keluar dari Malaysia, barulah aku tidak berada di bawah fitnah Dajjal. Tetapi, negara-negara lain juga mengamalkan sistem mata wang ini. 
Cuba beritahu aku, negara manakah  yang tidak menggunakan mata wang kertas? 

Tiada! Dajjal telah pun bertapak LAMA di atas muka bumi ini. Tanda kedatangannya adalah dengan wujudnya sistem mata wang kertas di negeri itu. Tidak percaya? Tidak mengapa.
Sudahnya, aku tidak dapat keluar dan lari ke mana-mana untuk meneruskan kehidupan aku sebagai seorang yang tidak mengamalkan sistem Dajjal ini. Cuba anda fikirkan sekiranya anda berjaya memperoleh jawapan selain daripada jawapan yang aku berikan. Jawapan aku adalah gua. Duduk di dalam gua yang berhampiran dengan sungai agar aku dapat meneruskan kehidupan sebagai orang yang tidak terlibat dengan fitnah Dajjal walaupun dalam sehari. Atau paling kurang cari pulau-pulau atau pantai-pantai atau sungai-sungai yang masih belum didiami bagi memulakan penempatan baru di situ. Itu pun sekiranya ada. Puas aku fikir, tidak ada. Macam pernah aku jumpa perkataan gua di dalam al Quran bukan? Mana lagi jika tidak di dalam surah yang sama yang menerangkan siapakah Dajjal, bukan?
Terlintas di benak aku untuk lari sahaja ke tempat itu. Ada sesiapa yang sudi ikut aku untuk lari dari fitnah Dajjal ini?

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Firman Allah swt yang bermaksud :

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi & pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahawa al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahawa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?”
(Surah 41,  FUSHSHILAT : ayat 53)

Firman Allah swt yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah & hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); & bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah 59,  AL HASYR : ayat 18)

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.”
(Surah 59,  AL HASYR : ayat 19)

“Tidaklah sama penghuni-penghuni neraka dengan penghuni-penghuni jannah; penghuni-penghuni jannah itulah orang-orang yang beruntung.”
(Surah 59,  AL HASYR : ayat 20)

Daripada Abu Said Al-Khudri RA bahawa Rasulullah SAW bersabda.

“Allah berfirman, ‘Wahai Adam, berdirilah dan keluarkan penghuni neraka.’ Adam berkata, ‘Labbaik, wa sa’daik, segala kebaikan berada dalam kekuasaanMu. Ya Tuhan, bagaimana penghuni neraka tersebut? Allah menjawab, “Dari setiap seribu terdapat sembilan ratus sembilan puluh sembilan.” Abu Said mengatakan bahawa mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang termasuk orang tersebut?” Rasulullah menjawab. “Sembilan ratus sembilan puluh sembilan Yakjuj dan Makjuj, sedangkan dari kalian hanya satu.”

(HR Bukhari, Muslim dan Ahmad)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim inikah yang dimaksudkan fitnah Akhir Zaman? Ya Allah jika benar, kami memohon perlindunganMu, RahmatMu dan RedhaMu. LIndunganilah dan rahmatilah kami Ya Allah. 
Tunjukkanlah kami sebenar-benar jalan menuju keredhaanMu Ya Allah bukan jalan kemurkaanMu Ya Allah...

Terima kasih buat pengarang yang menulis artikel ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan